Tuesday, October 18, 2011

Zul Nordin tak ada kena mengena dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN).



Hairan juga aku bila memikirkan kenapa Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mengeluarkan kenyataan mengatakan antara yang tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN adalah Zul Nordin.


Dan jika Zul Nordin mengeluarkan kenyataan dalam perhimpunan itu kenyataannya tidak mewakili HIMPUN..

Tapi.. mungkin mereka sedar bahawa Zul Nordin itu seorang hipokrit.. paling jelas bila beliau menyertai rombongan Najib ke Turkey suatu masa dulu..

Dalam lawatan Najib dan Rosmah telah bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki . Dalam Upacara penghormatan pula Najib telah meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk (musuh Islam).. lihat gambar di SINI

Zul Nordin yang kononnya seorang pejuang Islam telah merelakan Najib melanggar keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan dalam persidangannya pada 7 Oktober 1987 mengatakan meletakkan kalungan bunga pada Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Adakah Najib tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa itu wahai Zul Nordin?


*******************


Kenyataan Media
18hb Oktober 2011

HIMPUN TIDAK AKAN DIBENARKAN DIPOLITIKKAN

Saya selaku Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ingin menjelaskanbahawa YB Zulkifli Nordin , Senator Ezam dan YB Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN . Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan .

Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili HIMPUN.

Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas .

Isu ini adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Perhimpunan akan memberi penekanan untuk memupuk kefahaman dan kesatuan antara umat Islam, meningkatkan sensitiviti rakyat pelbagai kaum mengenai Aqidah Islam dan kesucian agama Islam, menegaskan keperluan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta memperkukuhkan hidup harmoni antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Mana-mana pihak yang cuba menyimpang dan mencemar niat HIMPUN akan saya buat pendirian tegas.

Saya ingin menegaskan bahawa HIMPUN tidak akan terlibat untuk menyerang mana-mana pihak selain menegaskan pihak umat Islam perlu bersatu mempertahankan aqidah Islam.

Saya menyatakan pendirian bahawa tumpuan HIMPUN pada asasnya hanya untuk fokus kepada soal Aqidah umat Islam dan kesatuan umat Islam untuk mengukuhkan penghayatan aqidah serta mempertahankan pegangan umat Islam dari sebarang usaha untuk menggugat aqidah tauhid yang menjadi prinsip pokok dalam pegangan umat Islam.

Sementara ada insiden yang dipertikaikan semada berlaku usaha memurtadkan orang Islam atau tidak , adalah suatu isu yang perlu diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa . Pihak berkuasa perlu konsisten menangani pelbagai usaha dan tindakan yang melanggar undang-undang Islam.

Saya menegaskan bahawa umat Islam perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap ujudnya serangan pihak tertentu terhadap aqidah umat Islam melalui pelbagai cara termasuk cara menerapkan aliran pemikiran dan fahaman yang ditolak oleh Islam.

Saya juga menegaskan bahawa aliran pemikiran sekularisme dan perkauman assobiyyah sememangnya boleh membawa kepada gugatan aqidah dan oleh itu usaha untuk memeranginya juga harus dilakukan .

Saya juga ingin mengingatkan usaha gerakan evangelis ditingkat global , serantau dan nasional untuk mendekati umat Islam dan berusaha agar mereka berpindah agama tidak boleh dinafikan.

Golongan evangelis yang mendapat dokongan dana dari luar mempunyai agenda mengembangkan agama kristian diseluruh dunia dan rantau ini adalah antara rantau yang diberi perhatian khusus.

Lantaran itu pihak kepimpinan agama Kristian di Malaysia perlu membuat pendirian terhadap agenda ini kerana mereka harus menerima hakikat bahawa ia tidak boleh dibenarkan di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam Enakmen undang-undang Syariah diperingkat negeri.
Gerakerja mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam dengan apa cara sekalipun perlu dihentikan.

Pihak kepimpinan Kristian di negara ini mesti menyatakan pendirian mereka dengan berterus terang bahawa dalam konteks Malaysia dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang diterima sebagai kerangka tatahidup bernegara di Malaysia , agenda ini tidak boleh diterima dan perlu ditolak dengan tegas .

Sementara itu harus diperakui memang ujud kelemahan penghayatan Islam dikalangan umat Islam bukan sahaja dikalangan masyarakat awam, malah juga dikalangan golongan berpendidikan tinggi .

Ini diakibatkan antara lain oleh kelemahan polisi serta sikap liberal yang diambil oleh pihak berkuasa dan kepimpinan negara yang maseh enggan melaksanakan Islam yang menyeluruh .

Namun dalam masa yang sama saya juga tidak boleh memperkecilkan berlaku banyak insiden murtad secara terancang.

Lantaran itu saya memberi penegasan bahawa penyatuan suara , tindakan dan azam untuk meningkatkan kempen dikalangan masyarakat Islam untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh semada dalam aspek sosio-budaya ekonomi , pendidikan , polisi pembangunan , undang-undang , mahupun siyasah , hendaklah seiring dengan memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran Islam .

Saya mengambil sikap bahawa usaha dan niat pokok HIMPUN untuk menyatukan umat Islam demi mempertahankan Aqidah Islam tidak akan dibenarkan di ‘hiject” oleh golongan yang berkepentingan politik dan beragenda melaga-laga antara kaum dan penganut agama mahupun antara parti politik.

Kepincangan yang berlaku akibat kecuaian pihak yang berwewenang yang memberi ruang kepada gejala murtad berputik dan berkembang di negara ini hendaklah diperbetulkan segera.

Saya ingin mengesa supaya semua pihak semada dikalangan NGO yang menyertai HIMPUN mahpun individu dan institusi Raja-raja Melayu mengambil sikap yang konsisten dalam menangani gejala murtad.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Bersama HIMPUN

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails