Friday, October 7, 2011

Yuran Pendidikan Sekolah dimansuhkan? Najib mengulangi Pembohongan Pak Lah..



Dalam membentangkan Budget 2012 hari ini, Najib telah berkata pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma bermakna tidak akan dikenakan sebarang bayaran.


“Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan,” kata beliau.

Buat Pertama kali??? Pertama kali Kepala Hotak dia!!

Ini adalah kali kedua Yuran Persekolahan diumumkan dimansuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kali pertama ia telah diumumkan semasa era pemerintahan Pak Lah.

Dimana semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen Pak Lah telah mengumumkan yuran tahunan Sekolah dimansuhkan.

Kata Pak Lah "Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah akan dimansuhkan mulai tahun (2009) depan bagi menawarkan pendidikan percuma untuk semua"

Malangnya bila para waris mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah berbagai-bagai yuran lagi perlu dibayar..

Ni berita tahun 2008..

Yuran sekolah rendah, menengah dimansuh



KUALA LUMPUR 7 Sept. – Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah akan dimansuhkan mulai tahun depan bagi menawarkan pendidikan percuma untuk semua, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan turut dimansuhkan tahun depan, seperti mana yang telah dilakukan untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu, katanya.

Sementara itu, tambah beliau, Skim Pinjaman Buku Teks akan diperluaskan kepada semua pelajar, tidak kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak, bermula sesi persekolahan tahun hadapan.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar kini.

“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut yang disambut tepukan gemuruh oleh ahli-ahli Parlimen lain terangkum di bawah strategi kedua bajet iaitu Memperkasa Pembangunan Modal Insan.

Abdullah berkata, bagi memperkasakan sekolah rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi menjayakan usaha menghasilkan modal insan berkualiti.

Beliau menjelas, peruntukan tersebut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan termasuk program sekolah cemerlang, memartabatkan profesion perguruan dan merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar serta luar bandar.

“Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah, sebanyak 60 sekolah kluster (kelompok) akan diwujudkan dalam tahun 2008.

“Peruntukan berjumlah RM500,000 akan diberikan kepada setiap sekolah tersebut bagi tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran,” katanya.

Bagi memastikan setiap pelajar sekolah mendapat peluang melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum pula, Perdana Menteri mengumumkan pemberian sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah.

“Penyertaan pelajar secara aktif di dalam kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab dan sukan adalah penting dalam membantu membentuk sahsiah serta membina kualiti kepimpinan pelajar,” jelasnya- Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails