Saturday, October 22, 2011

Wartawan lapor berita palsu kerana pingat?



20 Oktober lalu, Sinar Harian telah melaporkan bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Dalam laporan itu, Bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar di atas juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Cikgu Abdul Samad Mamat juga ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Ramai yang menghubungi saya meminta penjelasan tentang kedudukan Cikgu Samad, apakah beliau juga turut sama menyertai Umno.

Malam tadi Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin Cawangan PAS dan Ranting PKR Piatu. Kedua-dua mereka iaitu Cikgu Samad dan Md Said menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

Ramli berkata dalam pertemudan tersebut, Md Said menyatakan bahawa beliau hanya membubarkan Ranting PKR Bukit Piatu tetapi tidak sama sekali menyertai Umno.

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno".

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi".

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburur-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

Beliau menggesa media tersebut membuat penafian akan berita tersebut.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut" jelas Ramli - Harakahdaily


Laporan dari Sinar Harian yang dimaksudkan diatas..

30 ahli PKR keluar parti

BANDARAYA MELAKA – Akibat kecewa kebajikan tidak dijaga, selain hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan menyebabkan 30 ahli PKR dari Ranting Bukit Piatu, di sini, bertindak keluar parti.

Tindakan itu yang diketuai Mat Said Abu turut mendakwa kecewa kerana selama tiga tahun bersama PKR, pengorbanan mereka tidak dihargai.

Mat Said yang juga bekas Ketua Ranting Bukit Piatu berkata, mereka adalah antara yang bertungkus-lumus sebagai jentera pilihan raya umum lalu tetapi malangnya jasa mereka dipandang sepi. “Aduan kepada pucuk pimpinan parti gagal menjaga kebajikan ahli juga tidak dilayan.

“Saya sudah hilang kepercayaan daripada pucuk pimpinan sehingga ke akar umbi, maka keputusan keluar parti beramai-ramai diambil. Sehubungan itu Ranting Bukit Piatu juga dibubarkan,” katanya.

Menurutnya, mereka menyerahkan borang kemasukan ahli Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka Mall, semalam - Sinar Harian


Selama ini kita telah melihat Sinar Harian walaupun kadang-kadang bersifat berat sebelah dalam melapurkan sesuatu berita ianya masih lebih baik dari Utusan Malaysia.

Walaupun berat sebalah (kadang-kadang) ianya masih memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk bersuara dalam media milik mereka.

Cuma berita tentang 30 Ahli PKR keluar parti itu nampaknya adalah satu laporan palsu..

Adakah kerana bakal dinugerahkan pingat mereka menulis berita palsu, atau kerana menerima pingat mereka terpaksa menulis laporan palsu??



Wartawan Sinar Harian terima PJK

AYER KEROH - Kerajaan Negeri turut memberi pengiktirafan kepada pengamal media dengan mengurniakan kepada tujuh daripada 12 individu pada sesi pertama istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Jadi ke-73 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, wartawan Sinar Harian Melaka, Amran Ali turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Zulkifli Salleh dan Pengarang Utusan Melayu Sdn Bhd, Othman Mohamad pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk.

Jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia ketika bertugas pada 2 September lalu pula menerima anugerah Bintang Gagah Perwira (BGP).

Wartawan Sin Chew Daily Melaka, Choon Kion Sin menerima Darjah Seri Melaka (DSM) dan Tan Voon Kiong pula dikurniakan PJK. - Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails