Monday, October 3, 2011

Tuduhan Liwat : Keterangan Najib penting tentukan mental Saiful

KUALA LUMPUR: Karpal Singh, peguam yang mewakili Anwar menegaskan keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor amat penting dalam perbicaraan kes Fitnah II .

Ini kerana jika mereka enggan memberi keterangan, kredibiliti saksi utama pendakwa iaitu Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan akan terus dipertikaikan di mahkamah.


Karpal berkata demikian sewaktu pembentangan hujah dalam perbicaraan hari ini yang mendengar permohonan Najib dan Rosmah mengenepikan perintah sepina terhadap mereka supaya hadir memberi keterangan.

“PM berada pada kedudukan yang menjadikan keterangan beliau relevan dan penting, dan jika perkara yang dinyatakan dalam afidavitnya benar, ia akan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti saksi utama pendakwa.

“Walaupun PM menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis dalam pertemuan pada 24 Jun 2008 itu, Saiful tidak membuat laporan polis sebaliknya membiarkan dirinya diliwat seperti yang didakwanya, dua hari kemudian pada 26 Jun 2008,” kata Karpal.

Menurutnya lagi, keterangan Najib penting dan relevan untuk menentukan keadaan mental Saiful sewaktu beliau menemui Najib.

“Ia penting untuk kita dapatkan bukti daripada Najib berkenaan keadaan mental Saiful samada beliau kelihatan takut atau samada Najib menjangkakan Saiful akan mengikut nasihat beliau,” kata Karpal.

Keterangan Najib juga, katanya lagi, penting kerana ia datang daripada personaliti penting yang dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan ia juga akan membantu mahkamah dan Anwar dalam perbicaraan ini.

“Bukti daripada beliau pastinya akan membantu Anwar dan mahkamah (dalam perbicaraan ini),” kata Karpal.


http://www.keadilandaily.com/?p=21182

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails