Friday, October 7, 2011

Tahniah buat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin




Sekalung tahniah buat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana dibawah seliaannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi tiada sebuahpun Universiti dari Malaysia tersenarai dalam 'Top 400 World Universities'


Sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W..

عن أبى هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم: إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ, قال: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَارَسُولَ الله؟ قال: إِذَا اُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ اَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ (رواه البخارى)

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah S.a.w bersabda: Jika amanah telah hilang (sudah tidak dipegang lagi dengan teguh), maka tunggulah saat kehancurannya. Ia bertanya: Ya Rasul, bagaimana orang menghilangkan amanah itu? Rasul menjawab: (Yaitu) apabila suatu urusan (amanah) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya. (HR. Bukhari)


400 Universiti Terbaik - Malaysia kini Tiada dalam Senarai.
07 Oct 2011 11:34AM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

university degrees not recognised 181105Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia - KL Pos





Senarai penuh sila lihat di (SINI)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails