Thursday, October 27, 2011

Suruh saman sangat.. kan dah nak kena saman..



Menurut Yang diPertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Barat Daya, Mohd Faiz Mohd Rafeek, “Daripada Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang bakal menjerat leher sendiri, adalah lebih baik dia mengambil tindakan dengan menyaman pihak yang bertanggungjawab. Bukankah sebelum ini dia amat gemar menyaman mana-mana pihak yang tidak berpihak kepadanya. Jadi, mengapa bila isu ini timbul, dia mengambil pendekatan yang berbeza.


Beberapa hari kemudian berkata pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh” sikap Guan Eng yang sebelum ini gemar mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis terhadap sebarang isu yang dirasakannya tidak benar, kini mengambil langkah berbeza apabila membiarkan anak lelakinya terus dikaitkan dengan isu moral yang sudah pasti merosakkan moral remaja berkenaan.”

Kedua-dua kenyataan diatas telah disiarkan oleh UMNO Online.di SINI dan di SINI

Oleh kerana korang nak sangat Guan Eng saman.. hari ini memberi tempoh 48 Jam kepada UMNO Online untuk memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan undang-undang..


*******************

Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada Umno Online
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap web Umno Online jika gagal memohon maaf dalam masa 48 jam.

Guan Eng berkata, ianya ekoran laporan web itu yang berterusan memanjangkan fitnah kononnya anaknya mencabul seorang remaja perempuan yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mahu web itu membuat permohonan maaf dan menarik balik artikel fitnah berkaitan anaknya itu dalam masa dua hari bermula hari ini atau berdepan laporan polis dan tindakan undang-undang lain.

"Selepas kami sekeluarga berbincang, kami dengan berat hati memutuskan terpaksa mengambil tindakan.

"Kami memberi tempoh 48 jam kepada Umno Online untuk menarik balik dan memohon maaf di atas permainan politik dan tuduhan terhadap anak lelaki saya atau kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan tindakan lain sewajarnya," katanya.

Menurutnya, web tersebut juga menyiarkan tuduhan yang kononnya memetik laporan akhbar Guang Ming Daily sebagai berkata, 'anaknya ditukar sekolah kerana masalah dadah'.

Sedangkan laporan tersebut katanya telah dinafikan oleh Guang Ming selepas itu.

Guan Eng juga turut kesal dengan tindakan pemimpin Umno dan MCA yang didakwa terus memainkan isu tersebut walaupun beberpa pihak yang berkaitan turut menafikan perkara tersebut.

Ianya termasuk dari penafian 'mangsa', Anya Corke sendiri yang mendakwa tidak pernah dilakukan seperti difitnah tersebut malah tidak pernah bertemu anak ketua menteri Pulau Pinang itu.

Penafian juga turut dibuat Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Encik Ahmad Tarmizi Kamaruddin seperti dilapor akhbar The Star pada 22.10.2011.

"Malah Bernama melaporkan bahawa Timbalan Perdana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyertai kontroversi menyerang anak saya, dengan menyatakan bahawa penafian sahaja tidak cukup dan mencabar saya membuat laporan polis," katanya.

Sabtu lepas, Muhyiddin mencabar Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya memandangkan penafian tidak mencukupi.

Cabaran sama turut diulanginya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails