Sunday, October 23, 2011

Selendang Tun Fatimah buat Rosmah tanda Angkat martabat wanita Melayu?



Rosmah dilaporkan telah menerima 'Anugerah Selendang Tun Fatimah' daripada Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia sebagai tanda mengangkat martabat wanita Melayu zaman ini, sekaligus menjadikan beliau wanita pertama memperoleh anugerah tersebut.


Mengangkat martabat Wanita Melayu Zaman ini??? kah..kah..kah..

Mengangkat martabat Wanita Melayu Zaman ini? melalui Rosmah?? kah..kah..kah..

*************************

Wanita Perlu Pamer Ketegasan Agar Tidak Dipandang Remeh - Rosmah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Golongan wanita yang memang terkenal dengan sifat lemah-lembut harus mempamerkan ketegasan dalam kelembutan agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeliling, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata justeru, pembelajaran seni silat khususnya oleh golongan wanita, melatih kecerdasan minda dan fizikal kerana setiap gerak-geri harus diatur dengan teliti bagi memastikan kejayaan seorang pendekar terhadap lawannya.

"Seni atur silat yang indah lagi tegas membantu seorang wanita itu untuk memiliki kekuatan fizikal tanpa mengorbankan kesopanan dan kelembutannya," katanya dalam ucapan ketika melancarkan Pergerakan Wanita Silat Lincah Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Rosmah berkata selain itu, manfaat yang paling jelas adalah keyakinan diri yang dapat dipupuk, lebih-lebih lagi dalam diri seorang wanita.

"Apabila seorang wanita yakin dengan kebolehan untuk menjaga dirinya sendiri, maka keyakinan itu akan hadir secara automatik. Wanita juga akan berasa lebih selamat untuk melaksanakan aktiviti harian meskipun dengan ketiadaan seorang lelaki," katanya.

Beliau berkata silat boleh menjadi suatu ilmu yang dipelajari sebagai langkah persediaan dan berjaga-jaga dalam berdepan anasir tidak diingini dalam kehidupan seharian.

Rosmah berkata silat juga melatih diri agar sentiasa berdisiplin, fokus dan mempunyai semangat serta iltizam yang tinggi untuk berjaya.

Beliau berkata bagi seorang wanita, mempelajari seni mempertahankan diri lebih mencabar berbanding lelaki kerana ia memerlukan kapasiti penggunaan fizikal yang lasak.

"Namun demikian, ia mengajar kita untuk terus bangkit meskipun terkandas. Silat juga mengajar kita erti kesabaran kerana setiap pembelajaran ilmunya memerlukan kesabaran dan kesungguhan untuk dikuasai dengan sempurna," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menerima 'Anugerah Selendang Tun Fatimah' daripada Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia sebagai tanda mengangkat martabat wanita Melayu zaman ini, sekaligus menjadikan beliau wanita pertama memperoleh anugerah tersebut.

-- BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails