Thursday, October 20, 2011

Pesan Shahrizat buat Dr. Novandri dan juga Khairi..

Pesan Shahrizat kepada blogger UMNO terutamanya Dr. Novandri "Kanak-kanak tidak seharusnya diheret ke kancah politik, tanpa mengira sama ada ia membabitkan parti pembangkang mahupun kerajaan."

Tapi dalam artikel ni Shahrizat mengulas dakwaan yang dibuat oleh blogger pro-Umno 'Papagomo'.. silap tu.. 'PapaGomo cuma bertindak sebagai penyambung fitnah Dr. Novandri dari blog MiM saja dalam isu ini..


Jangan heret kanak-kanak ke kancah politik, kata Shahrizat

Kanak-kanak tidak seharusnya diheret ke kancah politik, tanpa mengira sama ada ia membabitkan parti pembangkang mahupun kerajaan, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Prinsip saya adalah bahawa kita tidak boleh mengheret kanak-kanak ke kancam politik. Bukan sahaja untuk pembangkang, tetapi sesiapa sekalipun," katanya ketika ditemui pemberita pada satu seminar di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang dibuat oleh blogger pro-Umno 'Papagomo', yang menuduh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba menyembunyikan dakwaan salah laku anaknya.

Blog itu mendakwa anak pemimpin DAP itu yang berusia 16 tahun meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutp dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011,” katanya.

Mengulas perkembangan itu, hari ini, Shahrizat berkata, sama ada remaja itu adalah anak seorang pemimpin pembangkang adalah tidak relevan. Ini kerana remaja bawah umur tidak harus dijadikan sasaran untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

Sehubungan itu, beliau menggesa penyokong kedua-dua pembangkang dan kerajaan untuk tidak membabitkan kanak-kanak dengan politik.

Bagaimanapun, kata Shahrizat, penulis blog tidak harus dilabel sebagai partisan kepada mana-mana pihak.

"Walaupun saya Ketua Wanita (Umno), saya tidak tahu mana penulis blog yang pro-Umno."

Diminta mengulas komen Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dianggap menghina berhubung dakwaan itu, Sharizat menjawab: "Itu, awak pergi tanya Khairy".

Khairy telah menulis di tweeter "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails