Thursday, October 13, 2011

Patutlah MCA marah sangat....



Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai "pelacur Chulia Street".


Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai "Pelacur Jalan Chulia".

Manakala Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong pula mendesak Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon kerana dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan menghina didalam Twitter dengan mengatakan ‘MCA telah mempergunakan gadis-gadis itu (Awek cun dalam Mesyuarat Agong Pemuda MCA).

Wee juga mendesak agar Lee dan juga PKR meminta maaf kerana dakwanya AMK adalah dalang disebalik Blog yang dinamakan ‘suarakeadilan.wordpress,’ itu dan mendesak agar gambar lucah itu dikeluarkan dari Blog tersebut..

Rasanya Tien Chua dah nafikan hal ini.. baca di (SINI)

Hmmm…. Susahlah kalau semua yang ada menggunakan perkataan keadilan itu di kaitkan dengan Parti Keadilan..

Dibawah ini adalah lima screen shot website atau blog yang ada menggunakan perkataan keadilan..




Ini adalah laman web rasmi PKR.


Ini pula adalah laman web rasmi AMK .. orang kata mahal nak set up ni.. tapi sekarang hidup segan mati tak mahu.. nak update pun malas! buang duit saja!


Ini pula laman berita rasmi PKR


Blog diatas juaga menggunakan nama Suarakeadilan..


Dan yang membuatkan MCA panas hati ialah Blog dibawah ini suarakeadilanmalaysia.wordpress.com





Kalau nak tahu gambar bagaimana yang disiarkan oleh Blog diatas sila klik di (SINI) tapi pastikan disekeliling anda tiada anak-anak kecil...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails