Sunday, October 30, 2011

PapaGomo penipu kata Koh Tsu Koon



Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.


Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

“Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

“Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk ‘Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu’ itu, Koh dipetik sebagai berkata “Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan - Utara News.

*********************

Sebenarnya bukan PapaGomo yang menulis laporan itu tapi Blog Pro UMNO juga iaitu HaprakNews, sesuailah dengan nama Blognya.. memang haprak...

Nih laporannya..

Koh Tsu Koon Sedia Tentang Lim Guang Eng PRU 13 Ini

Kuala Lumpur 25 Okt Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

“Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

“Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional” katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".

“Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti,” katanya.

Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blogg Blogg mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja.

Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawap dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."

Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.

Posted by HAPRAK NEWS

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails