Wednesday, October 12, 2011

Nama Rosmah mengharum di Bangladesh.. kenapa tiada dalam Utusan?



Tercari-cari juga aku akan berita ini didalam Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan, sepatutnya Lidah Rasmi UMNO tersebut meletakkannya sebagai tajuk utama tapi tidak..


Buletin Utama TV3 juga tak menyiarkan berita ini.. pasal apa agaknya?? tak berbanggakah diaorang dengan pengiktirafan terhadap Rosmah ini??

Universiti Bangladesh Namakan 10 Zamalah Bersempena Nama Rosmah

PUTRAJAYA: Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.

Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkanbeliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negaralain.

"Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurang berkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain.

"Ini benar-benar memperkayakan potensi masa depan mereka sebagai seorang pemimpin di negara atau masyarakat mereka sendiri. Bagi saya, saya percaya, langkah untuk ke hadapan adalah menerusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Kamal di Seri Perdana di sini.

Julai lepas, AUW mempelawa Rosmah menjadi seorang daripada penaung universitiitu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada beliau oleh Canselor AUW, CherieBlair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bertindak sebagai ketua penaung AUW.Beliau disertai, antara lain, oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat DrCondoleezza Rice dan ahli politik Itali Emma Bonino.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada AUW kerana meletak kepercayaankepada beliau untuk menjadi salah seorang penaungnya dan berharap akan berupayamenyumbang bagi menambah baik masa depan kaum wanita.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Kamal berkata zamalah itu akanditawarkan kepada pelajar yang layak berumur bawah umur 21 tahun, dari seluruhAsia, termasuk Malaysia.

"Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan.

Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya.

Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan.

Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu.

Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu,www.asian-university.org.- BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails