Wednesday, October 5, 2011

Najib akan umumkan penurunan harga minyak dalam budget 2012?


Harga minyak yang merudum

Ada sahabat dari sebelah sana memberitahu antara kandungan Budget 2012 yang dijangka bakal diumumkan oleh Najib ialah harga minyak diturunkan.

Ini sebagai membuktikan kepada Rakyat Malaysia akan keprihatinan pentadbiran Najib tentang keperitan hidup yang kini dialami oleh rakyat Malaysia.


Keperitan hidup kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN mentadbir ekonomi negara dengan sebaiknya dan kelemahan kerajaan UMNO/BN dalam menguatkuasakan apa yang dikatakan sebagai harga siling.

Jika benar itu yang bakal diumumkan, jangan tertipu dengan propaganda Najib dan UMNO/BN itu..

Minyak diturunkan bukan kerana Kerajaan prihatin akan nasib rakyat tapi sekadar untuk menipu rakyat dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan UMNO/BN prihatin akan nasib rakyat.

Ini kerana harga pasaran minyak dunia bermula pada sekitar Mei lalu telah mulai turun kurang daripada USD100 setiap barrel, lihat graf diatas.

Sebelumnya setiap barrel diniagakan pada harga USD114 dan turun kepada USD97 menjelang jumaat pertengahan Mei - info dari (SINI)

Harga minyak memang sepatutnya telah turun mulai Mei lalu dan bukannya selepas Najib umumkan dalam Budget 2012 yang akan datang..

Kerana pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Oleh itu jangan terpedaya dengan ayat 'Kerajaan UMNO/BN prihatin akan nasib rakyat' kerana harga minya sememangnya diturunkan sejak Mei lalu dan bukannya selepas Budget diumumkan.


RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails