Monday, October 17, 2011

Muhyiddin!! Bukan semua rakyat Malaysia BODOH macam pencacai UMNO!



Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.


Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya Umno patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan Umno dan BN semakin hari semakin lemah. Umno sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan “warlords” dalam Umno sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan “warlords” tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, “warlords” serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa “fed-up” mendengar pemimpin Umno macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. Umno patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara “one off” yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan “one off” itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1,000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.


aspanaliasnet.blogspot.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails