Friday, October 7, 2011

MP Tidur dan Ponteng pun nak dinaikan elaun?



Bajet 2012 bukan sahaja menyentuh kebajikan rakyat jelata, malah turut menekankan usaha mahu menjaga kepentingan ahli-ahli Parlimen - mengkaji semula elaun dan kemudahan wakil rakyat.


“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.

Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak... parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”

Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.

Kat atas tu gambar Ibrahim Ali terlelap 2 ke 3 minit (berita berkaitan sila baca di SINI)manakala kalau nak tahu MP-MP yang ponteng tu sila baca di (SINI)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails