Thursday, October 6, 2011

Lihatlah wahai sahabat!! Inilah hasil tarbiyah UMNO!!



Tulis seorang sahabat yang bergerak aktif dalam Hizbut Tahrir Malaysia..

Walau apa sekalipun alasan manis yang diberikan oleh pemerintah di dalam menolak hudud, hakikatnya sejak dimerdekakan oleh British pada tahun 1957, tidak ada satu usaha atau langkahpun yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam yang lainnya.


Inilah sebenarnya halangan utama untuk menerapkan Islam dalam sesebuah negara yakni keengganan pemerintah Muslim itu sendiri untuk menerapkannya.

Semua orang tahu bahawa kuasa untuk menerapkan sesuatu undang-undang itu ada di tangan pemerintah.

Merekalah pihak yang menentukan sama ada ingin menerapkannya atau tidak. Walaupun terdapat sedikit sebanyak halangan dari orang-orang kafir, baik dari dalam mahupun luar negara terhadap penerapan Islam, namun halangan yang terbesar hakikatnya datang dari pemerintah Muslim itu sendiri.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan adanya ulama yang dibayar gaji oleh pemerintah untuk bercakap ‘senada’ dengan apa yang pemerintah mahukan.

Walaupun bergelar ulama, namun mereka sering mengeluarkan fatwa atau pendapat yang menyokong kerajaan sekular di dalam mengekalkan sistem secular yang sedia ada yang sekaligus menunjukkan keengganan dan penolakan halus mereka terhadap penerapan hukum Allah.

Baik umara’(pemerintah) mahupun ulama yang ada, kedua golongan ini seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan Islam, namun apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar mengeluarkanalasan itu dan ini untuk tidak menerapkan Islam.

Betapa buruknya mereka! Dengan alasan-alasan inilah mereka telah mempengaruhi masyarakat agar sama-sama tidak menerapkan Islam sehingga berapa ramai dari kalangan kaum Muslimin sendiri yang telah mengemukakan alasan yang sama untuk tidak menerapkan hukum Allah.

Lihatlah wahai sahabat!! Inilah hasil tarbiyah UMNO..

Kenyataan beberapa artis mengenai perlaksanaan Hukum Hudud..

“Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini,jika ia benar-benar dijalankan di Negara kita satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum Hudud dilaksanakan nanti, macam manapun kita tak boleh haling sekiranya ia berlaku” Ayu Raudah.

“Memanglah zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum Hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tak sesuai, Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, Pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.” Enot

“Kalau nak melaksanakan hukum Hudud banyak perkara perlu diberi pertimbangan dan penilaian. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di Negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini” Heliza AF.

“Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum Hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum Hudud sudah tertulis dalam agama kita tetapi tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan, contohnya mereka boleh laksanakan disesebuah negeri dahulu. Jika dilihat baik dan memberi banyak menafaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap disini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba, Allah S.W.T. yang berikan kita peluang untuk berubah” Aziz Sattar

Alasan yang mereka berikan kebanyakkannya datang dari Propaganda UMNO..

Ringkasnya, apa yang wajib kita ikuti adalah “nas”, bukannya “keadaan”. Kita perlu tunduk kepada nas, bukan kepada keadaan. Pihak yang mengemukakan alasan bahawa perlu wujud suasana kondusif baru boleh diterapkan Islam, hakikatnya telah meletakkan Islam itu ‘tunduk’ kepada suasana, walhal suasana (dan manusia) itulah yang wajib tunduk kepada Islam!!!

Sebagai Muslim, kita wajib ingat bahawa hukum Allah yang wajib diterapkan itu bukanlah hudud semata-mata dan kita wajib meyakini bahawa hukum Allah, apa sekalipun ia, baik kecil mahupun besar, baik ibadat mahupun akhlak, baik hudud mahupun muamalat, kesemuanya adalah sesuai diterapkan pada setiap masa, tempat dan suasana, dari mula Islam diturunkan hinggalah ke hari manusia dibangkitkan.

Firman Allah, “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal (hukum) siapakah yang lebih daripada hukum Allah, bagi orang-orang yang yakin” [TMQ al-Maidah (5):50].

Setelah jelas ayat-ayat Allah kepada kita semua, mengapakah masih ada umat (dan gerakan) Islam yang masih terus memberi alasan dan masih terus mempertikaikan kesesuaian penerapan hukum Allah.

Ittaqullah ya ayyuhal Mukminun, ittaqullah....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails