Saturday, October 15, 2011

Koh Tsu Koon pemimpin yang lemah dan memalukan?

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya dipersidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.


Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails