Friday, October 28, 2011

Kerajaan UMNO Johor belanja RM1.8 Juta untuk website yang dah 4 tahun tak siap-siap..



June lalu Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh UMNO melalui Kementerian Pelancongan dilaporkan telah membelanjakan hampir RM1.8 juta iaitu RM1,758,432.00 bagi membina dan menyelanggara laman enam Pages Facebooknya.


Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Setiap pages menelan belanja RM293,072.00 ini termasuk dengan pages untuk Cuti-Cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1 Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia, Kempen 1 Malaysia Bersih dan Fabulous Food 1 Malaysia.

Hari ini pula Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kerajaan Negeri Johor yang ditadbir oleh UMNO membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Hampir sama saja jumlahnya dengan Pages Facebook Kementerian Pelancongan.. lebih teruk lagi duit lesap kerja tak siap…

Pandainyaaa pemimpin UMNO menghabiskan duit negara…

*******************

Johor belanja RM1.78j bagi e-NCR yang belum boleh dilayari

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Ini berlaku meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu.

Menurut laporan audit, hanya kira-kira 16,000 daripada 70,254 data yang berjaya dipindahkan, dan daripada jumlah itu hanya 3 peratus yang berjaya disahkan.

“Pada pendapat Audit, proses pengesahan data adalah tidak memuaskan kerana 3 peratus sahaja data yang telah disahkan dan sebanyak 725 data nikah yang telah disahkan didapati tidak lengkap.

“Pengesahan data yang tidak lengkap boleh menjejaskan integriti data nikah,” petik laporan audit itu.

Laporan itu juga mendapati bahawa tidak terdapat data ‘back up’ untuk data-data berkenaan yang disimpan di bangunan lain, sekurang-kurangnya dalam tiga salinan.

Meskipun terdapat bayaran penalti bagi kelewatan projek iaitu sebanyak RM500 sehari ditetapkan dalam kontrak, namun dokumen itu juga mempunyai perkara yang bercanggahan dan jalan keluar bagi kelewatan.

Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.

Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan.

Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails