Sunday, October 2, 2011

Jahatnya tajuk....



Ditulis dengan warna merah dan tajuknya pula menggambarkan seolah-olah ianya satu perkara yang telah menjadi ketetapan dalam Pakatan Rakyat, walhal TG Nik Aziz hanya masih menaruh harapan..


Laksana jika Pakatan ke Putrajaya

KEPALA BATAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails