Saturday, October 1, 2011

Hudud : Najib cuba nak perbodohkan rakyat?

Kata Najib, Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan.

Perdana Menteri juga berkata niat melaksanakan hudud itu sudah lama dicanang oleh PAS di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

Malah, minggu lalu Najib juga menegaskan pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.


“Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” kata Najib petang ini.

Itu kenyataan Najib petang semalam yang jelas untuk cuba membelit Mak Cik dan Pak Cik di Felda dan warga emas di pendalaman..

Dalam kenyataan itu Najib telah menegaskan bahawa pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.

Jika Pusat tidak membenarkan perlaksanaan Hudud oleh Kelantan itu bagaimana agaknya Kelantan hendak melaksanakan Hudud?

Menurut Bar Council, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri.


Baca kenyataan dari Bar Council dibawah..

Majlis Peguam: K'tan tidak ada kuasa laksana hudud

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.

"Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri," kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

NONELim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri "tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan".

Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.

"Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan," kata Lim.

Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Lim memetik kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung ketika itu, telah memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu mengakuri prinsip-prinsip Islam, dan dengan itu "mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular".

islam religion muslim 1Dengan mengambil prinsip tersebut, tambahnya, jika hudud dibawa masuk ke dalam sistem keadilan jenayah, maka ia akan menyebabkan pengimportan undang-undang keseksaan Islam ke dalam undang-undang yang sekular, yang mana salah di sisi undang-undang."

Pelaksanaannya, tegas Lim, akan menyebabkan undang-undang yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam dan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukan kesamarataan untuk semua rakyat.

Seseorang Islam juga, katanya, akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan: satu di bawah hudud dan satu di bawah kanun keseksaan, bertentangan dengan larangan terhadap perbicaraan berulang dalam Perkara 7 (2) perlembagaan persekutuan.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails