Sunday, October 23, 2011

HIMPUN teratur.. Sebab itu saya mahu BERSIH dibuat dalam Stadium kata Najib (Video Inside)

Najib nak kencing siapa pulak ni??



"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," kata Najib hari ini bila memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur.


Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Memanglah Najib ada menawarkan Stadium.. tapi cuma menawarkan saja.. bila nak diminta dia lari..

Mat Sabu akan menjelaskan dengan lebih panjang lebar tentang isu kebenaran menggunakan Stadium ini.. lihat di minit yang ke 3





*******************

PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur.

Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penghargaan kepada polis-polis veteran di Kuala Lumpur petang ini.

"Berbanding dengan huru-hara pada BERSIH 2.0 denagn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar. Tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat akibat perhimpunan itu."

Menurut Najib, HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuannya bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails