Saturday, October 22, 2011

Hidup Melayu Hidup Islam! Slogan HIMPUN?



Sila teliti slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur dalam Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan di Shah Alam hari ini didalam imej diatas. Printscreen dari laman web himpun.. kalau korang tengok hari ini dilaman web tersebut di (SINI) ianya telah dipadamkan atau removed.


Antara slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur HIMPUN untuk dipamerkan pada sepanduk, kain rentang atau placard pula adalah : -

a. Selamatkan Aqidah Umat
b. Jangan Gugat Kedudukan Islam
c. Bersatu Selamatkan Aqidah
d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat
e. Hidup Melayu Hidup Islam
f. Pertahan Institusi Raja
g. Daulat Tuanku Allahuakbar!
h. Suara Umat Suara Keramat
i. Satu Ummah Satu Aqidah
j. Hormati Islam Agama Negara
k. Bersama Cegah Murtad
l. Hentikan Usaha Pemurtadan

Apa relevannya slogan "Melayu Sepakat Melayu Berdaulat" dan "Hidup Melayu Hidup Islam" dengan perhimpunan sejuta umat Islam ini?

Menurut Dr Asri, istilah Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) jelas cuba mempertahankan UMNO yang semakin lama semakin ditolak oleh orang Melayu sendiri.

Dan slogan "Hidup Melayu Hidup Islam" jelas mendahulukan kaum berbanding agama - secocok dengan slogan UMNO "Untuk Bangsa, Agama dan Negara".

Menurut ajaran Islam, agama perlu dipertahankan barulah bangsa atau sesuatu kaum.

Maka tepatlah keputusan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahlinya tidak menyertai himpunan tersebut walaupun Exco Agama Selangor, Hassan Ali bakal hadir atas kapasiti individu dan bukan lagi PAS.

Sila baca pendapat Dr. Maza dalam isu Ketuanan Melayu di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails