Wednesday, October 5, 2011

Hanya seorang? Kenyataan Media oleh KS/U KDN membuktikan Hishamuddin BOHONG!

Kenyataan Media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dibawah membuktikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar telah berbohong bila mengatakan hanya seorang anggota Polis polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Sila baca kedua-dua laporan di bawah..


Laporan Pertama dipetik dari Malaysiakini.

Hisham, IGP: Hanya satu anggota polis langgar SOP

Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.

Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu.

Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan.

Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin- Malaysiakini

***************

Manakala ini pula adalah Kenyataan Media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang membuktikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah berbohong mengenai jumlah anggota yang akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PDRM.

KENYATAAN media oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam,
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pada 4 Oktober 2011, berkenaan tindakan anggota PDRM yang melanggar kod panduan operasi polis dalam insiden di Hospital Tung Shin.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin (HTS) ketika perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011.

Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut.

Laporan yang dikeluarkan KKM hari ini (4 Oktober 2011) itu antara lainnya menyebut bahawa:

1.Berlaku semburan air (water cannons) oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama HTS. Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS.

2.Berlaku tembakan gas pemedih mata (tear gas) dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan HTS. Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

3.Berlaku lontaran “bom asap” oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital).

Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (ceased hospital operations) semenjak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovations) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011.

Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, KDN akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan.

**************

Sepupu Najib kata cuma seorang.. tapi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kata ada senarai anggota yang melanggar SOP itu..

Adakah satu nama akan disebut sebagai Senarai nama?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails