Monday, October 10, 2011

Eh.. Eh.. Dia naik Jet Sewa Khas pi Kedah pulakdah?

Ini kisah seorang menteri yang belum sepenggal berada dalam kabinet dah mula tunjuk hidup mewah. Menteri lain yang berpuluh tahun pegang jawatan, tak hidup semewah menteri yang sorang ni. Bukan nak menuduh, jauh sekali nak fitnah. Tetapi inilah hakikat yang berlaku di depan mata. Belum habis edah isu pembaikian rumah yang bernilai berjuta-juta ringgit itu, hari ini timbul pula keborosannya berbelanja duit kerajaan.

Sikap borosnya hanya Tuhan saja yang tahu. Selain gaya hidupnya yang keterlaluan mewah sehingga mengalahkan ahli perniagaan dan jutawan, menteri ini juga dikatakan tidak mesra pekerja di bawahnya.


Baru-baru ini, pada 27 September 2011, TV Hijrah dikatakan telah menempah atau menyewa khas sebuah jet peribadi untuk membawa krewnya bersama menteri yang juga penaungnya membuat liputan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Guar Cempedak, Yan, Kedah.

Tindakan ini amat mengejutkan kerana TV Hijrah yang baru dua tahun beroperasi boleh berbelanja besar semata-mata hendak pergi buat liputan program Solehah di Rumah Budi, Yan, selepas ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu. RTM yang berpuluh-puluh tahun beroperasi pun masih belum mampu hidup sederhana mewah, inikan pula nak bermewah-mewahan seperti dinikmati dan dikecapi TV Hijrah yang berusia baru setahun jagung itu.

Artikel sepenuhnya dan Gambar Jet peribadi yang disewa khas oleh pengurusan TV Hijrah untuk menerbangkan krew program Solehah dan menteri berkenaan ke Kedah sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails