Tuesday, October 4, 2011

Cincin 24 Juta, Kenapa pula ianya dialamatkan kepada Rosmah?

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Tetapi hari ini.. Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.


Secara tidak langsung Jabatan Kastam dan Nazri Aziz telah mengesahkan kemasukkan Cincin tersebut ke Malaysia..

Dan Nazri juga mengesahkan bahawa Cincin tersebut telah dialamatkan kepada Rosmah.. jadi timbul pula persoalan disini.. kenapa pula Cincin tersebut perlu dialamatkan kepada Rosmah?

Adakah Rosmah mempunyai gedung menjual perhiasan dari permata?

Ada pencacai UMNO kata cincin itu bukan dibeli oleh Rosmah tapi dibawa masuk untuk satu pameran yang sulit..

Pameran yang sulit?.. bagi aku ini tidak lebih dari satu kenyataan bodoh.. apa guna diadakan pameran jika ianya sulit?

Apa depa ingat pameran alat sulit ka nak buat secara sulit?

Persoalan utama sekarang kenapa Cincin yang berharga USD24Juta itu dialamatkan kepada Rosmah??????


Baca artikel ni.. Chegu Bard tak puas hati dengan jawapan Nazri tu..

"Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kanan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.

25,000 risalah akan beredar

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.

Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.

Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya.

Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan - Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails