Tuesday, October 18, 2011

Bila Pemuda UMNO tak ada Projek.. depa jadi Samseng la pulak.. (Video Inside)

KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.


Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.
“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang

saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails