Monday, October 24, 2011

Berita yang Tak Akan disiarkan oleh Utusan atau TV3 berkenaan Kampung Buah Pala..



Sebelum itu..

Korang ingat tak lagi akan insiden Kampung Buah Pala yang berlaku dua tahun dulu?

Dalam insiden itu ramai penduduk-penduduk Kampung tersebut telah dihasut oleh pihak yang menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan meletakkan kesalahan yang mengakibatkan penduduk di situ diusir oleh pemaju terhadap Kerajaan PR Pulau Pinang.


Ada juga pihak yang cuba menjadi hero dengan membuat tawaran sehingga RM3.2 Juta jika kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mendapatkan kembali tanah Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor dari pemaju.

Ada juga pihak yang mempertikaikan penjualan tanah tersebut dengan berkata "KENAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MENERUSKAN PENJUALAN BILA MEREKA TAHU NILAI TANAH ITU LEBIH TINGGI?"

Padahal Menurut rekod Tanah Kampung Buah Pala telah dijual oleh Kerajaan BN dan Kerajaan PR yang di ketuai oleh Lim Guan Eng pada 27 March tahun lepas hanya mengeluarkan surat untuk mengesahkan pemilikan tanah yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN dulu..

Harga asal tanah tersebut ialah RM6.4 Juta, dan diskaun 50% telah diberikan oleh Koh Tsu Koon kepada pada 09/04/2006 Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang yang membeli tanah tersebut membuat rayuan. Menjadikan kadar premium bagi luas sekaki persegi tanah itu cuma RM10. – sepenuhnya korang boleh baca di (SINI)

Ini adalah berita yang membolehkan MIC menggigit jari kaki..


******************



Penantian dua tahun berbaloi







GEORGETOWN - Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.




“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.




“Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.

Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails