Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, October 2, 2011

60 Tahun PAS : PAS semakin diyakini semua rakyat



KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.

"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.

Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.

Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.

Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said.


Harakahdaily

9 comments:

Famili Ceria said...

go pas go..

Jom terjah sini:
1)Gambar Nabil Raja Lawak Dan Zira Berkahwin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

PenganutPAS said...

alhamdullilah pas semakin diyakini semua rakyat .

harap harap PAS diperuntukkan 100 kerusi parlimen dari jumlah 222 kerusi yang ada .

Sokong Tok Guru said...

patutnya PAS ganti Be End, bukannya PAS ganti UMNgOk saja... PAS for All..

rakab said...

Baru 7,000 ahli Pas seluruh negara berkumpul ,..dah riak nak tawan putrajaya!...
hahahahaa..lawak gila bayang!

Yang peliknya kelab penyokong Pas cina dan India tu tak pulak dijemput bincang pasal hudud!

Sampai merajuk kawan tu..
iskh,..kesian..

Penggali Kubuq said...

Kekuatan PAS adalah kerana dasar Islam yang dipegang sejak mula ditubuhkan. Mereka yang ikhlas bejuang dalam PAS atas dasar Islam tidak akan sanggup membuat maksiat, menipu, mencuri, makan rasuah kerana memikirkan amanah dan tanggungjawab yg besar dari Allah. Biarpun terpaksa berkorban harta dan wang ringgit.
Tidak seperti UMNo yg tiada kekuatan akidah.. mereka boleh buat apa sahaja. rasuah, perempuan, judi dan menipu sana sini tak habis2 berlaku kerana mereka berTUHANkan pangkat dan harta dunia. Jarang sekali mereka mengucapkan syukur kepada Allah atas kuasa dan harta yg diterima. sebab ianya tidaklah seberkat mana. kelak menjadi beban di akhirat.

Semoga PAS tetap kukuh bersama dasar Islam dan keadilan sejagat.

Anonymous said...

Sipelesit ni mai lagi....
3,000?
7,000?
Bincang?
Nampaknya bangang.......
Pada penyokong cina dan india PAS beri penerangan tentang hudud bukan berbincang....
kasihanlah otak yang dikemut oleh puki bib mama....
berkhayal sampai mati....
berstim sepanjang hari....
dipukau sehingga meleleh
kah...kah...kah..

Anak kg pertama said...

PAS di yakini?..30,000 pelajar Kelantan terjejas sebab putus bekalan air..boleh yakin lagi ke..macam tak boleh yakin aje..20 tahun memerintahan Kelantan..bab air tak henti2 ada masalah kt Kelantan...

Anonymous said...

30,000 pelajar masuk hospital ke sbb bekalan air erputus?
Lain lah presiden umno banyak air... banyak pancut memancut je....reserve lah utk mah janda...

Sudah 20 tahun PAS memerintah kelantan...satu tempoh yg agak lama....UMNO tak boleh rampas balik...
yakin sungguh rakyat kelantan di bawah pentadbiran TGNA....
Cakap pimpinan TGNA banyak kelemahan....banyak kelemahan pun umno tidak berjaya rampas semula...
Siapa yang lemah?

rakab said...

Umno dah perintah Putrajaya lebih 50 tahun!...Pas tak perhah pun....siapa lebih lemah??

Archive

Related Posts with Thumbnails