Tuesday, October 18, 2011

250,000 Islam Murtad? Kenyataan Harussani didakwa tak lojik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, pernah berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.


“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah - sepenuhnya sila baca di (SINI)

Kata Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya pula jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.

“Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Hmmm… Apa Harussani buat ni??



******************


Mufti Perlis: Tak logik orang dakwa lebih 250,000 Muslim sudah murtad

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikai dakwaan bahawa kes murtad di negara ini semakin parah dan ramai yang sudah keluar Islam, sebagaimana ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

Juanda berkata jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

Jelas beliau (gambar), isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.

“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.

“Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pandangan itu diketengahkan ketika beberapa pihak menggesa agar kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes murtad.

Pagi tadi, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang akan diadakan Sabtu ini, yang antara lain bermatlamat mahu menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan mengeluarkan deklarasi menggesa kerajaan menggubal satu undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Gesaan ke arah itu merupakan salah satu kandungan dalam deklarasi yang akan diputuskan di akhir perhimpunan, kata Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya kepada The Malaysian Insider.

Kandungan deklarasi mirip pandangan dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria minggu lalu. Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa agama supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Harussani, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Harussani, yang dijangka akan turut berucap pada perhimpunan, akta murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam.

Meskipun belum ada angka rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kes murtad, pada tahun 2008 Harussani dilaporkan berkata terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Islamic Renaissance Front (IRF) berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails