Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, October 14, 2011

240 Pendatang Asing hadiri Kursus Keusahawanan?



Dalam satu serbuan di sebuah Desa Pinggiran Putra Resort di kawasan sekitar Putrajaya Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

Warga Asing diberi kursus keusahawanan??

Apa punya alasan ni??? Sejak bila pulak Negara kita begitu prihatin hingga sanggup mengadakan Kursus keusahawanan buat warga asing itu..

Untuk apa Negara kita memberikan kursus keusahawanan kepada warga asing itu? Sedangkan rakyat Negara kita sendiri ramai lagi yang lebih layak diberikan kursus tersebut..

Setahu kursus keusahawanan ini biasanya akan diberikan kepada para usahawan yang mahu melibatkan diri dengan perniagaan tak kiralah samada perniagaan kecil atau besar.

Dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat..

Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berniaga kerana lesen perniagaan tidak akan dikeluarkan kepada warga asing dengan tujuan untuk melindungi usahawan tempatan.

Jadi untuk apa kursus keusahawanan diberikan kepada warga asing itu sedangkan mereka tidak mungkin diberikan lesen perniagaan oleh sebarang Pihak Berkuasa Tempatan kerana mereka bukanlah warganegara?

Kecuali mereka diberikan IC setelah mengikuti kursus Keusahawanan itu....


********************

Polis nafi dakwaan Pemuda Pas

SHAH ALAM - Polis menafikan dakwaan Pemuda Pas yang mengatakan 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk men-dapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya.


Sinar Harian

15 comments:

Anonymous said...

mesti rakab join skali kursus kt sini...haha

rakab said...

Haah,..tu kan aku dah kata!.
pemuda Pas memang tak ada maruah!
suka buat fitnah!!...mereka-reka berita nak burukkan Umno!!

ASD,

Info yang kau bagi pun sikiiiit saja....ulasan yang emosi jer lebih!.....aparaaa...

Anonymous said...

Alasan paling bangang aku pernah dengar dari penjawat awam yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat. Abih apa jadi warganegara sebenar tak payah ada kursus apa2 ka? Ko ni satu lagi rakab, ko boleh gembira dan setuju macam tu ja? Rendah betul maruah dan jijik aku dengan pecacai macam ko ni. Maruah negara tergadai tp ko boleh gelak ketawa..

Anonymous said...

Rakab tak dijemput ke kursus keusahawan?
Bukan ke dia seorang usahawan...
usahawan?
usahawan cuci kuarters...
usahawan fitnah...
usahawan menjual agama..
usahawan makan duit haram
kah...kah...kah..

PengikutPenganutPAS said...

ooooooooooooo rakab. . umno tu da sememangnya "buruk" sejak azali so brita ni bukan nk burukkan lagi umno tu tau tapi cuma nk kasi cantikkan umno la. .
.
ooooooooooooo rakab, ape tak cukup lagi ke duit haram yg kao dapat dari amno-apco tu? kao yg suka buat fitnah, pas tu dok kata org lain le pulak. . ape punye babi tonyok le kao ni ye. . oppsss sukanya PenganutPAS hehehe

TEORI rahman said...

harap maklum. .
rakab tidak dijemput untuk ke kursus keusahawan tersebut kerana rakab usahawan jual pu@i mak dan bini dia, oleh itu rakab tidak tersenarailah.
sukanya PenganutPAS hehehe (meminjam ayat PengikutPenganutPAS)

Anonymous said...

Ketua Polis Daerah Sepang ni sudah boleh dinaikkan pangkat jadi Ketua Polis Selangor sebab sudah lulus krusus menipu rakyat.

Anonymous said...

Rakab memang le marah kerana berita ini benar2 mengugat imannya....

Anonymous said...

memang lah ada kursus yang dianjurkan oleh pihak resort tersebut iaitu kursus memangkah Dacing pada pilihan raya akan datang,macam disabah bila ada aduan kenapa banyak warga asing banyak berbaris di wisma KWSP iaitu pejabat UMNO pada masa dulu jawapan polis ada lah untuk buat bancian,nah sekarang terbukti BN susah tumbang di sabah,jadi saya peringatkan kepada melayu di malaya ingat lah bangsa kamu akan luput di telan oleh warga indon dan bangla 10 tahun akan datang...fikir-fikir lah

Anonymous said...

Kau org jgn la dok comment pasai Rakab. Kesian kat dia. Dia ni memang warga Indon.Apa nak diherankan sgt. UMPORNO kan dah ada mamakuti dan mat bangla dan yg belum jadi ahli cuma mat indon jer. Esok keluar utusan maksiat keluar berita 240 warga indon masuk UMPORNO.

Boleh kawtim maaa.

Anonymous said...

rakab oh rakab

org mcm kau ni tak perasan ke yg dtg kedai kau tu dah bertambah pendatang yg beli.

bila sampai masa kejiranan kau dah ramai pendatang .. masa tu kau baru sedar negara kita dah tergadai.

tak cukup ahli pas yg dah masuk umno?

bila kata org kita tak dpt peluang kau kata org kita malas. bila mintak kursus keusahawanan kena tunggu berbulan bulan.

kau kata asd ulas emosi.. tp sumber berita bukan dr suara keadilan atau harakah. kalau hal mcm ni tak beremosi.. mana semangat patriotik kau?

dulu jd wakil rakyat hantu dan pos .. skg jd wakil rakyat pendatang...

rakab said...

Yang kau orang semua nak marah-marah tu kenapa ??

Dakwaan pemuda Pas tu tak dapat di buktikan pun...

Apa saja berita yang disogok, kau semua terus percaya membabi buta...

fikiran sehala jer..

Anonymous said...

rakab oh rakab

bukti ada.. tp di sorok kan..

jd mcm anwar di tuduh, maka anwar juga lah kena buktikan yg dia tak buat.

skg pemuda pas buat tuduhan, maka umngok lah yg kena buktikan.

selagi tak leh bukti yg warga asing itu bukan hadir kursus maka selagi tu lah rakyat akan percaya.

ketika ni warga asing ketawa sb kat negeri dia org pun dia org nak hadir kursus pun susah ..

Anonymous said...

kalau puak anjing umporno hanya sekadar kata "saya nafikan", "ianya fitnah", "Tiada bukti" mengatakan"...ayat2 tadi sudah cukup utk tak perlu disiasat...kalau terkena maka ayat keramat ni akan muncul "TIDAK cukup bukti" "TIMBUL KERAGUAN..."

utk polis pencacai tadi anda andalah colan yg tersenarai jadi ketua polis raja di malaysia nanti tahniah!

penternak_lipan said...

terus terang aku katakan.
aku berdoa supaya Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman cepat2 dimurahkan rejeki dgn kenaikan pangkatnya ke ketua pengarah bukit aman cawangan jenayah komersial.nanti bila ada jenayah seperti rompakkan dan sebagainya..dgn senang hati dia akan menjawap.."mereka hanya membuat dan mengikuit kursus amali/praktikal keusahawanan sahaja" dan dengan itu indeks jenayah dapat dikurangkan hanya melalui penyataan lisan dari ketua pengarah baru kita ni.
amannnn malaysia kita ni.
amin

Archive

Related Posts with Thumbnails