Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 13, 2011

UMNO Pulau Pinang fail saman RM30 Juta terhadap Lim Guan Eng.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman telah melantik Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu terhadap Guan Eng ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

"Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.


APA?? RM30 Juta itu nak digunakan untuk membantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan?

RM100 yang Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berikan kepada warga emas pun mereka kutip kononnya untuk dikembalikan kepada Kerajaan Negeri tapi hingga kini masih belum sampai secara rasmi dan hilang entah kemana.. inikan pula RM30 Juta..

Umno fail saman RM30 juta ke atas KM Pulau Pinang

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.



Ezam mewakili MIC pada hari kejadian..

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

"Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.

Zainal Abidin berkata saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Lim juga telah menuduh anggota Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.




"Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.





"Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno," katanya.

Ditanya mengapa Umno mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno (adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik.

"Tetapi bermula awal Julai lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman malu," katanya.

Beliau berkata Umno tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal setiap kali membuat kenyataan.

"Dia (Lim) mungkin tertekan dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja," katanya.- Bernama


Lagi gambar Demo berkenaan sila lihat di SINI

18 comments:

Anonymous said...

sudahlah tuu.. negara kita kan mengamal demokrasi,umno dah memerintah lebih 50 thn,bagilah peluang PR memerintah pula,bukannya lama, lima thn saja,nanti biar rakyat buat penilaian,kalau ok tambah lagi lima thn ,kalau tak ok tukar lagi,ni asyik ganggu ni apehal, lubok ikan kena tuba ye?ape, org lain tak pandai tadbir negeri ke?tengok sekarang,Filipina,Vietnam dan Indonesia semakin maju meninggalkan kita..

FMZam said...

Ini adalah satu cara baru UMNO PP yang terdesak mendapat duit dengan cara mudah. Umpannya ialah dengan menggunakan tunjuk perasaan yang mengakibatkan sedikit kacau bilau dan lepas tu tunggu pihak kerajaan PP buat kenyataan. Mereka memang tunggu LGE buat kenyataan dan menggunakan kenyataan itu sebagai perangkap untuk menyeret LGE ke mahkamah. Motifnya mudah saja untuk difahami. Ramai mamak2 UMNO PP yang dah tertutup pintu rezeki dari projek2 kerajaan dan merekalah perancang jerat ini. Kalau menang kes ni jangan haraplah duit tu akan diberi untuk tujuan yang mereka kata, mereka akan bahagikan dahulu antara mereka, seciputnya barulah diberi kepada rakyat yang termakan kata2 manis mereka.

Mamak2 UMNO PP ni waktu senang dibawah BN dulu tak pernah pun dengar mereka perjuangkan nasib orang2 miskin, anak2 yatim, ibu2 tunggal, malah mereka mendiamkan diri kerana kerajaan Gerakan adalah kroni UMNO, padahal orang2 miskin, anak2 yatim dan ibu2 tunggal itu telah ujud dari zaman pemerintahan BN lagi.

Kalau betul nak tolong, kenapa mesti tunggu menang kes ni, setakat RM30 juta, mahal lagi cincin Rosmah, bila2 masa UMNO boleh keluarkan duit dari lelongan cincin yang tak ada faedahnya disimpan Rosmah, lebih baik disedekahkan. Nampak tak dimana kejujuran mamak2 ni dan kejujuran UMNO yang mahu memanipulasi dan memperbodohkan rakyat.

bunbinban said...

saman le. saman sekali ahli2 umno yg berdemo tu sbb dgn tingkahlaku mereka menyebabkan umno di pandang sinis dan mengundang fitnah. saman le bro. elok lu org lantik terus hakim mahkamah, tak yah pakai loyar2. Buang masa je. hahaha

Anonymous said...

saman jangan tak saman duit itu bolih digunapakai sampai keanak cucu puak umno bn kan kan kan , dah tak ada kontrak inilah cara baru mencari wang .

Anonymous said...

nak cover kos duit hari raya terbuka malaysia..

isu ni bukan lge je marah .. ada segelintir pemimpin umno juga marah.. ada yg kata ' camana org tak meluat dgn umno..'

caya lah tak de untung pd umno main semula isu ini..

PenganutPAS said...

ari tu si komunis lin guang eng gak yang dok cabar supaya saman dia .

" lu saman sekarang jugak ...." kata komunis tu .

FMZam said...

penganutPAS,

Kau boleh kata orang kominis, aku pun boleh kata yang kominis tu kau sebab kau ada title PAS - pengikut ajaran sesat. Lebih baik kominis dari Islam UMNO yang bersembunyi di belakang nama PAS!

Anak kg pertama said...

Saman..bila berkata nak saman..tapi aku pernah dengar juga LGE kata nak saman Utusan..awat diam aje la ni..dan ada juga dengar siapa yg fitnah pemimpin2 PR, depa akan saman...keluar hot video 22min..awat tak saman? aku rasa nak pelaku paper Harakah dan Suara Keadilan aje...

FMZam said...

AKP,

Jangan tidur dulu, kau kena layan aku sebab tak seronoklah kalau aku cakap sorang2 dalam blog ni macam orang bodoh (memang bodoh pun) sedangkan pencacai2 UMNO lain yang bangang2 semua dah lena tinggal kau sorang aje. Ni bab saman2 ni LGE ada bagitau aku bukan dia saja lengahkan tapi UMNO PP tu kalau kalah bukannya ada duit nak bayar sebab dalam bank diaorang yang ada hanya tinggal tabung babi penuh dengan syiling aje. Mungkin lepas PRU nanti LGE akan tunggu bank diaorang penuh balik dengan duit rakyat yang UMNO pusat songlap untuk persediaan PRU.

Anak kg pertama said...

FMzam,

Aku rasa komen kau..macam org ngantok...atau ngigau aje...bila masa kau bercakap?kan kau tengah menaip aje..sah kau ngantok giler..pi tidor le nanti kau sakit..sunyi pulak blog ASD nie..hehehe

Anonymous said...

AKP.. hang kata komen orang macam ngantuk atau ngigau.. bodoh engkau ni.. tak tahu ke komen kau sejak dulu macam orang bangang!! ada jiwa nak buat kecoh dalam blog ini..

semua yang berhimpun semua melayu mamak.. tak dak variety 1 Malaysia. Berbanding dengan BERSIH semua kaum ada.. itu baru satu malaysia.. tapi semua demo anjuran UMNO.. melayu bodoh (melayu umno) yang hadir. Cina MCA dan India MIC takdak sokong depa.. Rasa dok tunggu UMNO jatuh.. depa tak sedaq lagi... rakan-rakan depa dalam BN dok ketawa tabiat burukk UMNO.. hampa semua perasan kan.. mana ada demo UMNO campur MIC dan MCA yang sepatutnya menyokong perjuangan BN!!

Anonymous said...

geli hati betul aku melihat gelagat umno penang yg dah nazak ni.
zainol ketua umno penang kata "kalau dpt duit tu nak bagi bantu orang miskin"???? Hello dah 50 tahun hampa pegang penang orang miskin tak terbela pun...lani baru teringat ke???
tok sah dok auta lah oooi zainol, katakan saja duit tu untuk pencen hampa...bila orang2 Penang pakat pencenkan kesemua adun umno.

AnakPolis said...

Dulu UMNO kata RM100 yang LGE bagi kat warga2 emas duit haram pasal duit judi. Kalau menang 30juta ni sure LGE bayar guna duit judi jugak. Lepas tu UMNO kata nak bagi kat orang miskin duit yang menang tu. Boleh pulak ye?

Anonymous said...

zainol ni kata LGE "berada dlm emosi yg tak terkawal"??????
habis yg pecacai2 umno usung itik, kepala lembu, seluar dalam tarzan tu waras ye???
semua orang tahu yg umno dibelakang semua tindakan biadap tak bertamadun ni. Bila zainol menafikan sampai ketahap saman RM30juta...orang melayu lagi menyampah kat umno. unmno kini dilihat bacul dan tak habis2 memperbodohkan orang melayu.

Anonymous said...

umno dayus! apa salahnya kalau umno mengaku dia yg merancang semua demo tu, termasuk yg usug itik dan seluar dalam...setidak nya umno dilihat sebagai pejuang sejati.
Tapi sekarang menafikan ia terlibat (padahal semua orang DAH tahu siapa dalang). Menggunakan kesempatan "teknikal" utk menyaman RM30juta. Apakah ini nilai perjuagan umno??? duit??
umno ni tak ada pride langsung! semua bagi dia boleh ditukar dengan duit termasuk nilai sebuah perjuagan! DAYUS umno!!

Anonymous said...

RM30 juta nk kongsi2 ngan rakyat? jgn kata 30 juta, rm30 pun aku tak percaya. Apa logiknya setelah 50 tahun berkuasa dan sekarang mengharapkan duit saman nak tolong rakyat..poodaaah inikah pemimpin yg disanjung penganut pas dn akp?

Anonymous said...

Rakab
Ini kot yg hang dok kata umno dok tolong business kedai hang, sampai hang terhutang budi tak terhigga?
Dari duit saman rupanya! Boleh berkat ke kedai hang rakab?

UMNO itu LONGKANG said...

UMNGOK jenis spesies PENAKUT, BACUL dan boleh juga diberikan gelaran sebagai MAKNYAH. Hahaha depa lanie berhimpun dan buat kacau sana-sini dikawasan yang mereka TERKANDAS kemudian bila dah kantoi depa katakan NGO. Wakakka wahai UMNGOK lu wa boleh katakan belum jantan beb. Ni lu kata lu sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN, wakaka ni tuk lu wahai UMNGOK WTF. Tunjuk keris konon nampak sikit kejantananlah, walhal bacul, nyah dan SOTONG...wakakaka dahlah berambus je dari sini wat semak je wa usha muka lu masing-masing. Kihkihkih PEJUANG KEMERDEKAAN BANAAAAAAA LU...

Archive

Related Posts with Thumbnails