Monday, September 19, 2011

Tuduhan Liwat :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar

KUALA LUMPUR 19 SEPT: Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan profil DNA yang diperolehi daripada "Lelaki Y" datang dari sel sperma.

Beliau menambah pihak pendakwaan umumnya gagal mempamerkan maklumat dalam laporan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengenai identiti DNA yang disepadankan dengan sampel dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.


Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menimbulkan keraguan dalam kes fitnah liwat kedua hari ini apabila menyatakan bahawa pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan garis panduan ujian DNA yang ditetapkan makmal.

Malah peguam Ram Karpal Singh sekali lagi mencadangkan bahawa mungkin berlaku pencemaran pada sampel yang diujikaji setelah prosedur-prosedur penting tidak diambil kira.

"Tidak ada bukti yang dibentangkan yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat kesimpulan ini. Kita tidak tahu sampel tersebut diambil dari sel mana," katanya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah.

Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful.

Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan.

Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut.

Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut.

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," ujar Brian lagi.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok.

TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails