Monday, September 19, 2011

Tuduhan Liwat : Penemuan ahli kimia Malaysia dipertikai lagi..

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu.

McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.

Berikut perbicaraan pada pagi ini:


8.55 pagi: Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald.

Pendakwaraya diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga dilihat di mahkamah. DPP Noorin Badaruddin dijangka menyoal balas Mc Donald. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang juga saksi pendakwa duduk berhampiran Noorin.

9.33 pagi: Datuk Seri Anwar ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di mahkamah. Turut kelihatan hadir di mahkamah bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Dr Lee Chong Meng.

9.34 pagi: Karpal Singh tiba ke di mahkamah. Selain itu Ahli Parlimen batu, Tian Chua turut hadir. Bersama beliau ialah Baginda Minda, bekas rakan kongsi perniagaan Ummi Hafilda yang terbabit dalam konspirasi 1 terhadap Anwar.

9.38 pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding.

9.46 pagi: Galeri awam mulai penuh dengan orang ramai. Dr Brian beritahu sampel B7, B8 dan B9 tidak konsisten kerana ia diambil selepas 56 jam.

“Tiada slaid telah dibuat mengikut piawaian antarabangsa, katanya. Mc Donald berkata tiada maklumat berhubung sperma didokumentasikan, walaupun Seah mengakui kehadiran sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

9.47 pagi: Menurut Mc Donald, dari tiga sampel, B7 terdapat DNA utama lelaki Y dan satu komponen kecil pengadu (Mohd Saiful Bukahari Azlan).

“Seah tidak meliputi pada B8. B8 ialah pengesat rektum tinggi..adalah komponen DNA utama pengadu dan lelaki Y.
Dia sepatutnya membuat satu slaid, dan bukannya membuat tekaan dalam penjelasannya mengapa ini terjadi.

“Terdapat dua ciri bertentangan bagi pengesat rektum tinggi (iaitu, B7 and B8).” Oleh kerana B9 pengesat rektum rendah, McDonald berkata terdapat amaun sama rata lelaki Y dan DNA pengadu.

“Tiada pecahan sperma menunjukkan pada sebarang DNA tercemar. Jika ia datang dari sperma sama sekali, ia perlu menunjukkan degradasi, terutama selepas 56 jam dalam dubur dan 46 jam (sebelum diberi kepada ahli kimia).”

9.58 pagi: McDonald berkata penemuan adalah tidak selaras dengan sejarah ia disimpan sekian lama.
Menurut Mc Donald, B5 pula datang dari pengelap peri-anal.

10.01am: McDonald menyatakan Seah memberi keterangan bahawa terdapat DNA tiga individu dengan penyumbang utama merupakan lelaki yang tidak diketahui.

“Lelaki Y, menurut Seah, merupakan sperma yang tercemar,”

“Hujah Seah bahawa DNA lelaki tidak diketahui itu datang dari (a) mangkuk tandas adalah kerana beliau tidak menjumpai apa-apa lagi dari calitan rektal.”

“Seah tidak menjalankan ujian terhadap sampel sperma ini. Terdapat DNA lelaki tak diketahui di mana Seah menyimpulkan diambil dari mangkuk tandas, namun beliau tidak menjalankan ujian,”

Namun demikian, menurut McDonald pengadu menyatakan bahawa beliau tidak ke tandas selama dua hari.

10.06 pagi: McDonald menyatakan Seah hanya meneka dalam membuat kesimpulan.

10.08 pagi: Merujuk kepada laporan beliau setebal 15 muka surat, McDonald menyatakan bahawa Seah hanya mengagak berdasarkan sampel yang diambil memandangkan wujud campuran pada sperma yang diambil.

Ram Karpal: Pada masa tersebut, kita tidak tahu sel mana datangnya DNA?

McDonald: Tidak.

10.13 pagi: McDonald menyatakan adalah tidak diketahui samada sampel yang diambil dari B5, B7, B8 dan B9 datang dari sampel air liur atau darah.

“Bukti itu tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang dari sperma atau air liur.”

10:15 pagi: Ram dan McDonald membincangkan mengenai bidang pencemaran.

McDonald berkata isu pencemaran merupakan isu penting di dalam DNA.

10:18 pagi: Ram: Adakah anda menemui sebarang bukti yang tercemar?

McDonald: Adalah sukar untuk menjawab, kerana terdapat beberapa keadaan di mana DNA yang diperolehi boleh yang berkaitan dengan kesalahan itu.

“Terdapat DNA yang tidak datang daripada salah seorang daripada dua orang (yang terbabit), dan ini perlu dijelaskan.”

10:24 pagi: McDonald berkata Seah telah salah tafsir apa yang ahli kimia itu terangkan pada permulaan.

10:30 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai,MP Nurul Izzah Anwar memasuki mahkamah.

10:35 pagi: McDonald berkata Seah tidak mengemaskan semula sampel B5 (peri-annal swab), yang sepatutnya dilakukan.

10:37 pagi: Beliau juga berkata ahli kimia Nor Aidora Saedon juga telah gagal untuk mengiktiraf campuran dalam sampel yang diperolehi daripada sel Anwar.

10:41 pagi: Ram: Terdapat penyumbang ketiga dalam ujian yang dijalankan oleh Seah dan Nor Aidora.

“Nor Aidora mengabaikan semua kriteria terhadap campuran, yang dia mesti lakukan sebagai saintis,”

Laporan seterusnya menyusul

http://www.keadilandaily.com/?p=20464

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails