Thursday, September 22, 2011

Tuduhan Liwat : Kronologi hari ini..

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka memutuskan untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mengenepikan sepina supaya hadir memberi keterangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Empat peguam – bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak – memfailkan permohonan itu semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang itu dijangka memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Najib dan Rosmah


Anwar semalam menyelar tindakan Najib mengemukakan permohonan itu memandangkan perdana menteri telah berjanji akan hadir sebagai saksi jika disepina oleh mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald akan diperiksa-balas hari ini oleh peguambela Ram karpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pendakwaraya.

Semalam, pendakwaraya cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald sebagai pakar DNA apabila mengungkit kes di mahkamah yang pernah menolak keterangan beliau.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini

9.49 pagi: Mahkamah mula bersidang. Ram Karpal Singh mula menyoal balas Dr Brian MacDonald.

9.53 pagi: Dr Brian memberitahu kepakarannya pernah dicabar sewaktu beliau menjadi saksi di Australia.

Namun, ia bukanlah berkenaan ujian DNA.

Ia adalah berkenaan dengan model populasi, yang bersifat statistikal.

Populasi yang dimaksudkan adalah populasi orang asli Barat Australia.

10.00 pagi: Dr Brian menunjukkan kepada mahkamah sijil-sijil beliau.

Beliau adalah ahli Fellowship of Human Genetics Society of Australia.

10.26 pagi: Ram Karpal Singh bertanya keada Dr Brian samada situasi beliau yang kali terakhir menjalankan ujian dan analisa pada tahun 2004 menjejaskan kepakarannya.

Dr Brian menjelaskan bahawa walaupun beliau tidak menjalanka ujikaji dengan tangannya sendiri, beliau melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itutidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.

10.33 pagi: Ram Karpal bertanya tentang dakwaan pendakwa raya bahawa DNA air mani masih boleh dikesan selepas berada dalam tubuh mangsa serangan seksual selama 133 jam.

10.36 pagi: Menurut Dr Brian, kes itu adalah kes unik dalam makalah berkenaan kajian ujian DNA.

10.40 pagi: Berlaku pertengkaran kecil di antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin.

Ia berlaku apabila Ram Karpal membangkitkan isu rencana dalam bahasa Thai yang tidak difahami Yusof tetapi digunakannya sewaktu menyoal balas Dr Brian sebelum ini.

Yusof membantah dan mendakwa artikel itu tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia berbahasa Thai.

10.43 pagi: Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Yusof yang ketawa kecil sepanjang sesi soal balas dan mengadukan perkara itu kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Hakim Zabidin mengarahkan Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

10.47 pagi: Hakim dan Yusof ketawa kecil dengan Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang apabila Yusof masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

Sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.


http://www.keadilandaily.com/?p=20729

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails