Tuesday, September 27, 2011

Tentera pengaman AU akui bunuh jurugambar Bernama

Tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang melawan pihak pemberontak di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui hari ini bahawa askarnya mungkin secara tidak sengaja telah menembak mati seorang jurugambar Malaysia pada awal bulan ini.

noramfaizul mohd norNoramfaizul Mohd Nor terbunuh apabila tentera pengaman dari Burundi yang meronda di bandar itu melepaskan tembakan ke atas kenderaannya. Seorang lagi wartawan Malaysia juga cedera pada kejadian itu.


"Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang askar terlibat dalam kejadian tembakan itu ... dan mengesyorkan supaya keempat-empat askar, dari Burundi itu dihadapkan ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara mereka," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan pengaman Amisom.

Menurut kenyataan itu lagi, keempat-empat orang askar itu juga telah digantung daripada dtugas.

somalia war deserted streetAmisom mempunyai kira-kira 9000 askar di Somalia bagi menghalang pemberontak yang disokong oleh al-Qaeda dan sekutunya daripada menumbangkan kerajaan yang didirikan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Militan al-Shabaab menarik diri dari Mogadishu pada bulan lalu tetapi memberi amaran, mereka akan menjalankan serangan gerila di bandar itu, termasuk melancarkan serangan bom kereta dan serangan berani mati.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails