Monday, September 26, 2011

Sokongan rakyat P. Pinang kepada BN meningkat?

BUTTERWORTH 25 Sept. - Sokongan rakyat negeri ini kepada Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat berdasarkan pada kehadiran yang luar biasa ramainya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, ia dibuktikan melalui Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri lebih 25,000 orang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang 1 September lalu.


"Melihat sokongan rakyat kepada BN, saya yakin peluang untuk kita merampas kembali negeri ini adalah cerah dan ia tidak mustahil untuk dicapai.

"Program-program yang dianjurkan oleh parti komponen BN iaitu MIC, MCA dan Gerakan juga sering mendapat sambutan hangat daripada rakyat," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan di sini hari ini.

Tambahnya, kehadiran rakyat pada majlis anjuran pembangkang juga dilihat semakin merosot, malah sambutan hari raya mereka juga tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Jelasnya, isu-isu yang dibawa oleh pakatan rakyat juga semakin tidak dihiraukan oleh rakyat kerana kebanyakan isu yang dimainkan sudah lapuk dan berbaur perkauman.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut, Shaikh Hussein Mydin menjelaskan, biarpun sokongan semakin meningkat, jentera BN tidak boleh lepas tangan dan mengambil mudah bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Peluang mungkin masih 50-50 tetapi tidak mustahil kemenangan berpihak kepada BN melalui momentum sokongan yang diterima setakat ini," ujarnya - Lidah Rasmi UMNO


Kalau nak tahu kenapa ramai yang hadir ke rumah terbuka itu sila baca di (SINI)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails