Friday, September 9, 2011

Rumah Terbuka Malaysia : Siapa nak sabotaj Siapa ni?



Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaikh Hussein Mydin (Mamak kat atas tu) menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan.


Katanya pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka.

Siapa yang nak sabotaj siapa sebenarnya ini?? Tuduhan ada pihak yang cuba mencetuskan kekacauan itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan dibuat hanya untuk memburuk-burukkan penyokong Pakayan Rakyat.

Yang jelas sekarang ialah pihak UMNO/BN yang menganjurkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri itu akan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan mengedarkan 10,000 risalah memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sila lihat risalah tersebut di SINI.






Unsur sabotaj, malukan PM?

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 8 Sept. – Pemuda UMNO negeri menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan.

Ketuanya, Ir. Shaikh Hussein Mydin berkata, pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka.

Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memastikan majlis tersebut berjalan lancar seperti dirancang.

“Kalau nak malukan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet yang akan hadir ke majlis tersebut, itu perangai budak-budak.

“Itulah cara politik kotor pemimpin pembangkang, takut nak berdepan secara ‘gentleman’.

“Kami Pemuda UMNO sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, sumber risikan pasukan keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, terdapat rancangan untuk mensabotaj majlis berkenaan.

Menurut sumber, ada pemimpin politik mengarahkan pengikutnya hadir dengan berpakaian kuning sambil membawa sepanduk ke majlis itu.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails