Monday, September 19, 2011

RM80,000 tu.. bukan untuk Parpukari seorang...



Beberapa hari yang lepas sahabat aku Edyes ada menyiarkan satu artikel mengenai Parpukari yang mengatakan bahawa Mamak yang terlebih Melayu itu menerima bayaran untuk menyebarkan fitnah berjumlah RM80,000 sebulan..

Kurang tepat tu.. RM80,000 itu sebenarnya bukan untuk Mamak yang terlebih Melayu itu seorang..


Kalau korang tak baca lagi artikel tu sila baca di (SINI)

Sebelum korang baca untuk siapa dan dibayar oleh siapa RM80,000 itu, kita kenali dulu siapa Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu.

Info yang diberikan oleh sahabat dari sebelah sana mengatakan nama sebenar Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu ialah Salim Iskandar, pernah berkerja di Bank Muamalat.

Beliau hanya berkelulusan SRP (PapaGomo pandai sikit dari dia pasal PapaGomo ada SPM.. tak percaya sila baca apa Tun Faisal kata di SINI) diterima berkerja di Bank tersebut kerana mempunyai Cable dengan bekas CEO terdahulu.

Kini Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu adalah Blogger sepenuh masa dan beliau pernah berkata beliau tidak dibayar sebagai penulis Blog.

Memang hebat.. tidak berkerja dan tidak dibayar tapi mampu memiliki Camry 2.4 yang berharga RM175,000 dan tinggal di Kondominium mewah yang dikawal 24 jam seperti VIP, lebih hebat dari Raja Petra dan Rocky Bru..

Jika dibandingkan penulisan oleh Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu dengan penulisan Raja Petra dan Rocky Bru memang umpama langit dan bumi..

Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu sering menulis mencaci maki PAS dan Pakatan Rakyat, penulisannya menggambarkan seolah olah beliau lebih berakhlak dari pimpinan PAS yang ada tapi dalam masa yang sama teguk Arak… macam Biawak.. sila baca di (SINI)

Kalau tak silap Blogger Tulang Besi pernah mencabar Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu supaya bersumpah dengan nama Allah bahawa air di depannya didalam gambar itu bukanlah arak.. tapi hampeh!! baca di (SINI)

Tidak berkerja dan hanya menulis blog tetapi mampu hidup begitu mewah.. hanya manusia bodoh saja yang percaya beliau tidak dibayar..

Berbalik kepada RM80,000 sebulan diatas.. mengapa aku kata itu bukan untuk Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu seorang?

Sebenarnya tidak… sila baca apa yang didedahkan oleh Mat Saman Kati ini…


Skandal Parpukari


Oleh: Mat Saman Kati (MSK)

Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.

Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?

Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.

Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.

Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil.

Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah?

Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib.

Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform.



Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak.

Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak.

Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak.

Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib.

Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin.

Parpukari adalah orang Perak.

So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha.

Zambry Kadir telah mengarahkan supaya satu portal dibuat untuk mempromosi dirinya dan Umno Perak. Oleh itu satu portal telah dibuat ia-itu…Perak-Today.com Tumpuannya ialah berita-berita Perak dan diselitkan dengan berita nasional. Penyelaras Perak diberikan kepada Cikgu Najimy, blogger Taiping Mali manakala Parpukari menjadi Penyelaras nasional.

Cuba tengok printscreen dari Perak Today.



Kalau tengok kepada English Section, semuanya dikemaskini oleh Najimy a.k.a Taiping Mali. Tapi ada dua berita nasional yang disumbangkan oleh "Salim". siapa Salim? Yang tu hangpa jawab sendiri la.

Cuba tengok blog Taiping Mali…berita tentang Raja Ahmad dan Zambry diberi keutamaan. Dan posting yang keluar dalam Taiping Mali juga akan keluar dalam Perak Today.

Tengok pula blog Parpukari. Mengapa blog Parpukari membuat promosi khas untuk Perak Today?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di Malaysia Times

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails