2 September lalu UMNO Reform telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk ‘Selepas Hari Raya, Serangan ke atas Najib bermula?’Menurut webmaster UMNO Reform pemain utama bagi gerakan menjatuhkan Najib ini adalah Rocky Bru atau Datuk Ahiruddin Atan .
Rocky Bru dikatakan telah terlibat untuk menyerang dan membunuh kerjaya politik Pak Lah seterusnya menghambat beliau sehingga tersungkur dari kerusi PM.
Dan sekarang Najib pula dikatakan bakal menjadi sasarannya melalui program yang dinamakan BERSIH NAJIB.
Tulis webmaster UMNO Reform lagi Mungkin kita perlu melihat siapa di belakang usaha menjatuhkan Najib. Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah Mansur untuk mengecilkan Najib dan mendesak Najib untuk berundur.
Apa, benarkah Rocky Bru berperanan untuk menghentam Najib melalu media alternatif?
Kini.. Hari Raya telah berlalu dan Tun Mahathir mula mengkritik Najib secara terbuka, mengulangi apa yang pernah dilakukannya terhadap Pak Lah suatu ketika dulu..
Mahathir akui populariti Najib jatuh akibat cara tangani Bersih 2.0
KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.
Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.
“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.
“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.
Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.
Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.
“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.
Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.
“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”.
The Malaysian Insider

8 comments:
inilah masa dan peluang yang terbaik bagi PenganutPAS dan mungkin juga FMZam (mungkin le kot hehehe) untuk menebalkan poket mereka dengan memberi idea yang canggih manggih dalam mempertahankan najib-bik mama dari kritikan dalaman umno kerana mereka tidak perlu buat sumpah-sumpah mau pun sumpah sumpit hahaha hihihi huhuhu
Isu bersih 2.0 telah dikambus oleh Mat Sabu dengan isu komunis.
Tahniah kepada pakatan kerana mewujudkan isu-isu sensasi sepanjang bulan puasa dan hari raya.
Reda isu komunis,..perbicaraan Anwar bersambung semula !
Tentu pakatan dapat banyak undi hasil kebijaksanaan pemimpin mereka ...kahkahkah!
anon 12:27 am
silap nya bee end yg dibawah naungan amnonis.. Nis ujung unung tu ialah komunis pun ya british pun ya .. sbb dua dua as 'is'
mrk mcari isu utk bedal pakatan tp mrk tak fikir dulu dan perkara tu tlh diperbesarkan sangat .. pakatan cuma jwb 'ok mari kita berdebat..' dan bila pihak penaung ... tp sebnarnya zaman dulu penaung ni ialah kaki bully.. sambg, bila di ajak berdebat abang abang takut ..
sampai mlm td berita masih dok putar belit lg psl isu ini .. hubungan negara ini dgn negara komunis ialah hubunngan diplomatik dah pulak ... dr hubungan tersbt lah org kata skg komunis dah tak berbahaya ..
det ni dah slow lah ... bg komen mcm tu skg dah terlambat.. apa yg dia kata dah aku jangka dr dulu ..
tahu tak kalau jiban ketua penaung parti parti kompenan mic dan mca ini tak haram kan baju kuning .. lagi hancur .. mementum rakyat mengena ketika itu ..
yg teruk nya bukan baju kuning tapi layanan baik polis kpd perserta dan cara bermain asap kepul tu yg buat populariti jiban meningkat .. populariti dikalangan rakyat - supaya jiban berambus...
mrk pemikir politik dan bekas bekas spt det ni hny nampak tindakan dan kesan sesuatu sesuatu kjadian.. tp mrk tak pernah sedar atau kaji sejauh mana kesedaran rakyat !!
aku berharap kalau nama huda di tarik balik.. sudi sudi lah calun kan aku sb aku dah boleh balsa komen det ni.. dulu dia ckp semua nya bagus pd aku .. dulu laaa
dari pematang pegi ke jelebu
kita bertemu di jembatan besi
ooi rais .. merdeka center talak tipu
det komen muka lu yg basi
semua nya jd teruk sbb kau lah Tun..
Time kau hyn permulaan.. time pak lah ranum.. time jiban masak .. lepas ni gugur ..
org tua ini tak tahu ke masa jiban ni yg ramai budak budak masa time dia ..
anti pemimpin umno spesis mcm dia ni .. bukan anti umno tp pemimpin .. semakin meningkat .. dia kalau jd pm skg pun mesti mengelabah..
PengikutPenganutPAS,
Kau jangan bimbang, mempertahankan Najib mungkin memerlukan idea canggih manggih tapi secanggih mana pun idea itu selalunya serta merta roboh dibelasah oleh idea2 simple dari rakyat Pakatan yang tak sebijaksana pencacai2 UMNO. Kenapa? Kerana walau UMNO memiliki ramai blogger2 yang bijaklaksana namun UMNO tidak mempunyai satu apa pun perkara yang bijaksana untuk diketengahkan, selain dari hanya perkara2 yang menimbulkan kontroversi dan spekulasi. Maka itu sebabnya blogger2 bijak UMNO dapati mereka terpaksa gunakan kebijaksanaan mereka untuk menutup pekong dan tahi UMNO. Kita tidak perlu orang bijak untuk berdepan dengan UMNO sebab satu orang bodoh Pakatan nisbahnya adalah 10 orang bijak UMNO.
dan org yg pegang jawatan ketua bahagian umno sama taraf dgn ajk aturacara sukaneka anjuran pakatan ..
jgn mimpi lah nak bertanding ketua ranting kalau pengalaman sbg ketua bahagian umno ..
Post a Comment