Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 6, 2011

Prof Emeritus Khoo tak faham beza Teknikal dan Hakikat - Prof Aziz Bari

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.

“Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata beliau.

“Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah,” kata beliau.


Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.

“Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.

“Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British,” kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.

Aziz (gambar) mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.

Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: “Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.”

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’,” katanya lagi.

Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.

“Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

“Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai,” kata Khoo lagi dan menambah, “akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.”

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.

“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” kata beliau lagi.


The Malaysian Insider

21 comments:

tungkaran hati said...

Kami teringin sangat tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Kal Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
Ramai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.

Awan Fantasia said...

aku nak tengok macamana akirnya kisah nie..sama2 la kita tunggu..

Entri Terhangat!! :
Oh Kemaluan Wanita Dan Onani!!
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

FMZam said...

Tong Karan,

PAS tak perlu buktikan apa2 kerana PAS tak perlu berlumba2 untuk jadi lebih baik dari UMNO kerana PAS bukan pengganti UMNO perjuangan PAS untuk seluruh umat Islam bukan untuk Melayu semata2. UMNO yang berlumba2 untuk merebut tempat PAS dengan mempergunakan Islam untuk politiknya, UMNO yang dulu berlumba2 jadi pejuang untuk Melayu sekarang nak jadi pejuang untuk Islam pulak. UMNO yang sepatutnya menanggung "the burden of proof" membuktikan yang ia lebih baik dari PAS, ada faham?

serenity9260 said...

golongan2 yg same standard dgn bik mama

Sukan Tinju Dalam AIr(Video)

Anonymous said...

Setuju dengan FMZam.. Hujah pendek tetapi penuh 'berakal' jika dibandingkan dengan Tukaran.. Tukaran hanya cuba membuktikan yang dirinya bukan penyokong UMPORNO (sebenarnya penyokong parti itu) dengan berlakon seolah-olah menyalahkan PAS berkawan dengan DAP dan mendesak agama negara Islam diwujudkan.

Mengapa anda, tukaran tidak mendesak UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam untuk membela agama dan hukum Islam. Bukankah kebanyakkan ahli UMNO adalah melayu Islam. Bukankah mereka juga harus dipersoalkan mengapa tidak laksanakan hudud sedangkan telah dan sedang memerintah Malaysia melebihi setengah abad? Takut dengan MCA, Gerakan dan MIC ka? (tuduhan yang sama kepada PAS yang takutkan DAP)

Anda belajar mana yang perlembagaan negeri boleh 'berdiri' dengan sendirinya tanpa kaitan dengan perlembagaan persekutuan? Surat pernah dihantar oleh Mahathir dengan mengugut MB Kelantan untuk tidak meneruskan hudud.. sebahagian rakyat tahu isu ini. Dimana penyokong Islam 'UMNO' ketika itu?

Apabila berhujah tidak ikhlas, maka amat mudah untuk dipatahkan.

Senyap lebih baik dari bercakap jika nampak kebodohannya ketika bersuara!

PenganutPAS said...

aku sependapat dan menyokong penuh kenyataan tungkaran hati . hakikatnya memang ramai ahli pas yang tidak bersetuju pakatan syaitan dengan DAP . kenapa pas perku terburu-buru kelapaqkan kuasa . tak tengok ker contoh gerakan islam diluar negara . sabar sebahagian iman. kalau pas tunjukkan contoh yang baik dan jauhi kontroversi , nescaya tanpa kempen yang agresif , rakyat akan bulat hati menyokong pas .

ikhwanul muslimin mesir sebagai contoh dalam diam ramai rakyat mesir yang menyokong tapi demi pembangunan negara mereka tidak meletakkan calon bagi menggantikan mubarak. tapi sokongan rakyat tetap dalam hati .

lepas kerjasama syaitan , pas lancar slogan pas ganti umno . ni slogan bangang . dok kutuk umno alih alih nak ganti umno . tak haru ker tu . ni yang FMZAM tak faham .

Aziz Bari lagi . kali ni apa plak ganjaran yang profesor ni dapat dengan menyokong mat sabu tanpa mengambilkira bidang yang menjadi kepakaran khoo kay kim . tengok sahajalah di kelantan , kedah dan terengganu iaitu negeri-negeri melayu tidak bersekutu cutinya masih hari jumaat. tu bukti british tidak menjajah , mentadbir serta negeri tersebut bebas dan berdaulat. sultan johor pulak sentiasa mengawal aspek pentadbiran negeri hingga ke hari ini . bila seorang profesor kangkung menyanggah pendapat professor lain yang mahir dalam bidangnya ianya dipanggil Professor Kangkung yang Menjalar

Anonymous said...

Setuju dengan FMZam.. Hujah pendek tetapi penuh 'berakal' jika dibandingkan dengan Tungkaran.. Tungkaran hanya cuba membuktikan yang dirinya bukan penyokong UMPORNO (sebenarnya penyokong parti itu) dengan berlakon seolah-olah menyalahkan PAS berkawan dengan DAP dan mendesak agama negara Islam diwujudkan.

Mengapa anda tidak mendesak UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam untuk membela agama dan hukum Islam. Bukankah kebanyakkan ahli UMNO adalah melayu Islam. Bukankah mereka sepatutnya dipersoalkan juga kerana tidak melaksanakan hudud sedangkan mereka telah dan sedang memerintah Malaysia melebihi setengah abad? Adakah takut kepada MCA, Gerakan dan MIC? (tuduhan yang sama kepada PAS yang takutkan DAP)

Anda belajar mana yang perlembagaan negeri boleh 'berdiri' dengan sendirinya walaupun terdapat percanggahan perlembagaan persekutuan? Lupakah anda pernah satu ketika surat telah dihantar oleh Mahathir kepada MB Kelantan dengan mengugut YAB MB untuk tidak meneruskan hudud.. sebahagian rakyat tahu isu ini.

Dimana penyokong Islam 'UMNO' ketika itu?

Beginilah apabila berhujah diberikan tidak ikhlas dan dangkal, maka amat mudah untuk dipatahkan.

Senyap lebih baik dari bercakap jika nampak kebodohannya ketika bersuara!

Anonymous said...

Kerjasama PAS dan DAP = pakatan syaitan,

Maka kerjasama UMNO dan MCA dan Gerakan berserta MIC, pakatan apa pulak..?

adakah ahli MCA, MIC dan gerakan itu Melayu Islam?

Kangkung betul PenganutPas.. Hujah tak pernah waras..

Lantak kaulah... semua orang baca komentar kao, akan tahu taraf akal kao sendiri.. berhujah tanpa rasional dan hanya penuh dengan dendam kesumat dan keji..

pasSerdang said...

Prof KKM pernah berhujah mengatakan Panglima Dol Said bukan pejuang kemerdekaan kerana selepas Perang Taboh Naning, Dol Said terpaksa menerima kekalahan dan menerima bayaran seperti gaji dari British. Mengapa Prof KKM pusing 180 darjah dalam isu ini.Rasanya Prof ini lebih baik ulas pasal isu sukan dahla. Itupun selalu memalut.

PenganutPAS said...

Kerjasama PAS dan DAP = pakatan syaitan,

kenapa ????? kerana dalam pakatan tu sebuah parti yang mengaku lebih islam dari orang lain telah berkerjasama dengan parti yang memperjuangkan dasar kesamarataan yang hakiki antara semua manusia di malaysia ni .

apa yang terjadi ??? parti yang kononnya islam tersebut yang pada mulanya berjuang untuk menegakkan negara islam telah ditekan supaya menggugurkan tuntutan penubuhan negara islam oleh parti yang secara terang terangan menentang CADANGAN penubuhan negara islam tersebut .

sudahnya????? pas jadi pak turut kepada nafsu politik DAP .

tak percaya ???? tengok tu DAP nak jawatan timbalan menteri besar kedah . kalau tak nak bagi jawatan timbalan menteri besar , maknanya pas SILALAH bagi lebih banyak kerusi pada DAP pada PRU13 nanti

TAK KER PAKATAN SYAITAN KAALU BERPOLITIK MACAM TU

FMZam said...

PenganutPAS,

Aku ni faham tak faham itu tak penting sebab aku bukan orang penting. Yang penting ialah aku tembak orang2 penting yang pandai melangit tapi cakap mengalahkan orang bodoh. Aku lagi lah tak faham kalau prof Ku Klux Klan (KKK) yang pandai sejarah bercakap macam budak SPM failed sejarah, aku tak faham kenapa kau nak salahkan prof Bari yang menyanggah si kafir laknatullah tu tapi bila bab prof KKK ni aku tak dengar pulak kau dan Tong Karan panggil si Khoo ni kafir laknatullah sepertimana korang kata kat LGE? Aku tak faham apa kena dengan korang ni?

Anonymous said...

penganutPAS dan tungkaranhatikuyg pilu hampa dua dua sah jubog penuh taik muka tempek bedak, bau taik lebih deghaih daghi bau bedak, toksah dok cakap laaa... busuk mulut! ghaini hampa makan buah petai pasai tu mulut hampa dua busuk.

PengikutPenganutPas said...

saudaraku PenganutPAS. . aku kagum dan terpikat dengan mu, kerana:-. .
hujah mu sungguh penuh dengan fakta yang dusta dan auta.
kata2 mu penuh emosi yang hanya wujud di dalam ilusi.
tulisan mu amat berdedikasi bak air lio basi.
idea mu begitu bernas bak gelegak api yang membara panas
. .
bole kita berkenalan? hehehe

Anonymous said...

Penganutpas
Apa yang kau merepek ni syaitan!!!
Pas nak bagi jawatan timb MB kat dap???....ini fitnah terbaru kau ke? atau malam tadi kau tidur tak basuh kaki lalu mengigau macam disampok syitan.
Elok kau bagi tahu kat khalifah najib bini rosmah kau tu jangan dok perabis duit rakyat naik jet kerajaan ke Aust. ubati lutut dia yg dah mereput tu.

Anonymous said...

Dosa umno pada orang melayu terlalu banyak, bukan saja duit di songlap, minda diperbodohkan malah sejarah orang melayu pun diseleweng.
Tak sabar nak sumbat bendera umno ke lubang najis, tempat selayaknya.

Anonymous said...

dlm satu satu keadaan mrk mengatakan PAS tu lebih Islam dan hny PAS yg bertanggungjwb utk menjdkan negara Islam.

Kalau dlm keadaan ini mrk sepatutnya tinggal kan umno dan semua nya bersama sama PAS.

Tahu tak.. bila PAS berjuang cara Islam maka kws praya di pecah dgn pegundi cina jd terbyk .. kws kg/melayu akan digunakan utk tambah undi.. tp skg strategik ini tak leh pakai maka digunakan pati..

sejak ada pakatan, nak pecah kws dah jd kalut.. tu sbb ada suara yg kononnya mtk PAS berjuangkan Islam. Ni bukan tahap berjuang lg tp tahap menunjukkan kebijaksanaan PAS dlm menjlnkan amanah Islam.

Anonymous said...

Sejarah Perak... ingat..

JWW Birch ... ingat lg..

Siapa Dato Maharaja Lela?..

Perak kan dlm Negeri Naungan..

Anonymous said...

Tuanku Rahman dr mana? Onn Jaffar dr mana ?

Dan Mat Kilau, Dato Bahamas, Tok Janggut dan ramai tokoh agama ada yg dianggap wali yg berjuang di Kelantan/Terengganu/Pahang.. mrk ini tidak tunduk kpd penjajah atau pun penaung..

salah satu buku yg aku baca seorg tokoh agama marah dgn penjajah yg buat perjanjian dlm kapal.. maka dia hentak kaki dia semasa atas kapal tsbt maka bergoyang kapal tsbt dan peg inggeris batalkan rundingan tsbt.. tp aku yakin bukan cite dr melaka dn bukan dr pp dan bukan dr sabah/sarawak..

anutpas kata johor ..mat indera dari mana.. mat kilau dgn kwn kwn mereka bergerak dipahang terengganu dan kelantan.. tidak dijajah tp Inggeris bukan tonggok mcm kau .. kalau dah yg lain dia boleh tuduk kan apa lagi tentu yg lain dia org akan cuba jugak..

Batu Bara said...

untuk tungkaran hati........

apa punya turr hang nie......
perbezaan PAS ngan UmPorno cukup jauh......
sejauh kutub utara kutub selatan.........

- tidak mengambil yahudi sebagai penasihat
- tidak ambil komisyen bila projek diberi........
- tidak ada rasuah dicatat dlm urus tadbir......
-telus dlm pemberian n pembelaan tanpa kira parti lawan......
-muamalah mengatasi faham bangsa dan agama......diamalkan dan bergeraknya dakwah menyeluruh....
-bukan Islam lebih faham Islam semasa berkawan dgn PAS......
bukan Islam takutkan Islam semasa berkawan dgn Umporno......
-aqidah tetap terpelihara
-pimpinan bersih dan moral tinggi.....
banyak lagi......cari sendiri laa

takat tu pun pada laa dulu......
negara Islam terbina dlm pelaksanaan sebegitu dulu sebelum negara dipegang secara berpusat....

ada paham ke??.....

Anonymous said...

Apa pun aku perati dekat blog ni hanya ada sekor anjing pencacai rosmah yang begitu konsisten menyalak pada setiap entry...memang ko 'ditugaskan' utk menyalak di sini ke penganutpas?

Anonymous said...

Anon 9:27 am,

i like ur statement..haha..itu la gamaknya kerja dia hari2gamaknya...masyukkk la tue kot..silap2x ribu riban ooo sebulan tue....klu UMporno dia x pertahankan..macam mana mau hidup maaa.....ayoooooyooo......

Archive

Related Posts with Thumbnails