Friday, September 30, 2011

PANAS!! Warga Israel telah dibenarkan memasuki UPM..

Peserta dari Israel Ilya Grad ‘Archilles’ yang menyertai ‘Muaythai World Champion' di UPM, Serdang.

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitivity umat Islam di Malaysia.


Berikut adalah beberapa insiden lawatan warganegara Malaysia ke Israel dan kemasukkan warga Israel ke Malaysia yang dipetik dari Wikipedia :

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Itu adalah antara insiden yang telah dilaporkan oleh kebanyakkan media massa, namun begitu tanpa kita sedari sekitar june 2011 yang lalu sekali lagi sensitiviti ummat Islam Malaysia dibakul sampahkan oleh pemimpin UMNO.

Malah pemimpin tersebut iaitu Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan dengan bangganya bergambar beramai-ramai dengan peserta yang menyertai pertandingan itu..



Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC).



Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 September 2011 di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721).

Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa.

Mereka adalah Pinto Antoine ‘The Phenom’ (Prancis/Thai), Cedric Muller ‘Underground Samurai’ (Prancis), Cyrus Washington ‘Black Dynamite’ (Amerika), Fadi Merza ‘The Beast’ (Austria), Frank Giorgi ‘The Italian Stallion’ (Itali), Ilya Grad ‘Archilles’ (Israel), Jason Woodham ‘The Handsome Hero’ (British), Jesse Miles Lacombe ‘Smiles’ (Kanada), Jordan Watson ‘Quadzilla’ (British), Marco Pique ‘The Sniper’ (Belanda), Mostafa Abdollahi ‘Persian Mos’ (Iran), Pidsanu Kunchat ‘Mardsua’ (Thai), Michael Chase Corley ‘Cool Hand’ (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli ‘Golden Elbow’ (Malaysia), Vuyisile Colossa ‘The Cheetah’ (Afrika Selatan) dan yang termuda Rhyse Saliba ‘Poison Dart’ (Australia).

Peserta yang keenam ialah Ilya Grad ‘Archilles’ dari Israel.



Untuk lebih jelas sila klik imej atau lihat di (SINI)

Dan adalah mustahil untuk dikatakan bahawa Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran.

Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel adalah haram untuk dilawati oleh rakyat Malaysia boleh membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia sedangkan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel?

Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin UMNO!!


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails