MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?
Gambar : MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.
Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?
Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.
Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.
Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.
Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.
Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.
"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.
Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.
Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?
Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.
Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!
Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
Sabahkini

7 comments:
sebelum sebelum ni agaknya seronok betul tenguk mrk yg datang berebut rebut mtk duit dr dia ..
samada mrk tlh menunggu begitu lama atau kecuaian utk memberi wang tsbt dlm rumah.
Aku nak lihat hujah macai UMPORNO terutama PenganutPas dan AKP.. sudah pasti si bahalul ni minta bukti dan laporan. Sedangkan jelas pendedahan oleh ASD dan Tim Pemantauan AMK boleh dijadikan bukti untuk tujuan siasatan. Tak susah polis nak buat siasatan.
Apa alasan si bangang PenganutPas dan AKP.. kita tunggu lawak sarkas dari mereka..
politik duit akhirnya makan diri. setiap kali datuk syafie balik kampung, ramai penduduk terutama dari kampung bangau-bangau datang kerumah beliau kerana duit.
orang bangau-bangau adalah nyawa kedua politik syafie afdhal.
menteri senator Jamil Khir pun salah seorang "penerima duit raya" politik syafie ketika masih dalam tentera. Melalui Syafie Afdhal dalam team Najib, Jamil Khir melobi syafie untuk melayakkan diri berada dalam kabinet Najib....
Napela kolot sangat dan berdengki ngan orang.tgk diri sendiri dulu baru kutuk org lain.sume manusia ni ade baik n buruk.diri sendiri diperguna org lain.baiki diri sendiri sampai maju mcm die pon dh ok.xyah susah piki org lain.diri sendiri ade masalah baik pi tolong buat dulu.pastu bantu keluarge,sedare mare...sepupu.pastu bile ko dh kaye n senang barula ko g kutuk org lain plak.aku ni berkecuali xsokong mane2.org cina dan india makin maju.kite gado same sendiri watpe.klo die wat salah die tanggung dose.
niat baik nk bersedakah.. cuma org ramai yg datang tu yg tolak menolak sesama sendiri, terlalu tamak.. berhikmahlah kalau nk jadi pemimpin tak kira la parti mana pn.. ikut cara nabi. tak perlu taksub.. mana yg betul patut dibetulkan.. mana yg salah patut disalahkan.. tidak kira siapa yg buat benda tu..
t(^0^)
media gomen maan ley lapor..nanti kene ISA..hahahah
Post a Comment