Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 13, 2011

Pakcik ini geram dan marah bila Najib kata Komunis sudah baik?

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," kata Hamzah Mohd. Amin, 71 yang melukis karikatur ini..

Orang yang patut melihat dan mendengar apa kisah dari Pak Cik ini ialah Najib sendiri kerana beliau telah berkata “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”


Ini ulasan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang kenyataan bodoh Najib itu yang dipetik dari Malaysiakini..

Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Lagi satu.. Tuan Ibrahim mungkin terlupa.. jika Komunis sekarang dikatakan baik mengapa pula Chin Peng tak dibenarkan balik ke Malaysia?


Dari Lidah Rasmi UMNO pula..


Komunis kejam - Hamzah

Oleh SYUKRI SHAARI





Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak.


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu.

Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini.

Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini.

Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.




Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja.



Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya.

Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.


Lidah Rasmi UMNO

10 comments:

anak tapioca said...

haha..dulu lain, skrg lain??ckp cm lalang lah pie em nie..

Anonymous said...

YESSSSSSS.. HAHAHAHAHA KUHKUHKUH.. AKU SUKA NAJIB MERABUN MACAM NI.. NAMPAK SANGAT DIA BANGANG.. CAKAP LAIN BUAT LAIN.. LAGI AKU SUKA MACAI-MACAI UMNO PASTI AKAN 'TERTAWAN' DENGAN KATA-KATA PENUH 'HIKMAH' NAJIB NIIII.. Heeeeee

Anonymous said...

Kalau komunis kejam biasalah, tapi tentera British pun semasa darurat pernah bakar satu perkampungan bernama Jenderam di Sepang kerana majoriti penduduk di situ sokong Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Penduduk kampung tu semua dihalau keluar dari kampung tu... itu tak zalim ke? Mereka bukan komunis... mereka cuma menyokong PKMM untuk menuntut kemerdekaan dengan cara menghalau British dari Tanah Melayu. - Sumber Harakah - Mudahnya anggota PKMM dituduh komunis.

Anonymous said...

putar lagi!
putar lagi!
putar lagi!

blog sampah tahap jamban !

Anonymous said...

buat lapuran polis atas kenyataan jiban yg menguris hati tentera malaya .. mrk tlh berjuang dgn keringat dan airmata darah..

kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh lge dan mat sabu.. ponek tangan mato mato balai ambik repot..

dd said...

najib tu cakap betol tp ko yg spin maksudnyer....bahalol.
komminis dulu nak rampas negara cara kekerasan,..
pkm dah lama pupos!
yg tinggal cuma saki baki kominis dlm pakatan je..
huaaahaaaa..

bunbinban said...

fuhhhhhhh..... bongok umno kalau dah tak leh nak balas komen, mula la maki hamun. hahaha... agak2nya la, mat kilau, tok bahaman, tok janggut, tok kenali dan yg lain2 tu kita nak panggil mereka apa sekarang?. Di panggil Pahlawan atau pejuang, yg mereka lawan British, hishhhhh....pening gua. apa yg gua nampak skang, Najib mmg hampas tapi yg paling hampas, org2 yg di sekeliling najib, iaitu yg kaki bodek dan yg bodoh pak hangguk burung kakak tua. hahaha... mlm ni google ek belajar jadi kritis bukan jadi pak hangguk bodoh sombong. hahaha. ada akal ka, british baik komunis je jahat. Pasni tak yah teriak merdeka la bongok kalau dr lahir sampai ketua dok hangguk je. lu melayu ke mamak?

FMZam said...

donkey daddy,

kau ni kenapa bangang nak mampos, yang jadi kominis Melayu pun ada dalam UMNO tu apa kau tak sebut? Jangan pandai memaki hamun je pakai nama Anon, tapi bila pakai nama dd tetap donkey daddy jugak pakai otak spare yang kat lutut kau. Melayu kau ni jenis pengecut sekejap pakai dd sekejap pakai Anon. Ha ni kau nak mula maki dengan aku bila tak leh berlawan cakap, lepas tu nak ajak bertumbuk pulak ke?

Anonymous said...

ape la korang ni semua, tak yah la nak buat org confuse. Yg jahat tu PKM. Memang british pun jahat jugak). Yg bunuh org melayu dulu PKM. British pun sama. Sama2 jahat. Kita patut marah kat PKM bukan komunis yg lain sebab yg buat hal kat negara kita dulu adalah PKM. Nak marah kat British pun bole, takde sape kata tak bole. Kita bole buat hubungan diplomatik ngan mana2 negara kalau dia tak ancam negara kita (biar dia komunis asalkan tak kacau negara kita). Tapi PKM dulu buat angkara yg korang semua tau. Sebab tu la kita marah bila org kata diorg hero. Kalau ada org bebal kata british hero pun sure kita marah.

Anonymous said...

siapa2 tlg kemukakan bukti kekejaman komunis terhadap org2 kampung & org awam (polis & askar x payah la sbb dah nama pun perang). setakat dgr cerita org2 tua dlu aku pun byk kali dgr & datuk aku pun dulu pnah perang & menembak mati komunis.

Archive

Related Posts with Thumbnails