Wednesday, September 7, 2011

Nurul Nuha di Nibong Tebal.. Ihsan tak nak calonkan sama ke?

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Laporan ini menurut Malaysiakini telah dipetik oleh China Press iaitu Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.


Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.

Hmm.. nak kritik lebih-lebih nanti aku di label sebagai ‘ Trojan Horse’ atau ‘Penulis Upahan UMNO’ pula… Tapi kawan aku kata jangan jadi HIPOKRIT!

Sebenarnya laporan tersebut membuatkan aku tertanya-tanya tidakkah mereka yang mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa memikirkan implikasi yang bakal dihadapi oleh PKR?

Jika selama ini pemimpin-pemimpin PKR dalam ceramah mereka sering melabelkan UMNO sebagai sebuah parti untuk Kroni kerana sekarang terdapat Najib dan Hishamuddin bagaimana pula denan PKR?

Tidak cukupkah dengan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah didalam dunia politik PKR sehingga perlu dicalonkan pula lagi seorang anak Perempuan Anwar?

Apakah PKR Pulau Pinang sudah ketiadaan Calon yang yang lebih sesuai?

Atau adakah seluruh ahli PKR Pulau Pinang ini semuanya terdiri dari manusia-manusia yang bodoh hinggakan tidak ditemui seorangpun yang bijak atau proffesional untuk dijadikan calon sehingga terpaksa dicalonkan anak perempuan Anwar pula?

Jika sekarang pencacai-pencacai UMNO mengatakan PKR ini adalah Parti untuk 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin, dengan penyertaan Nurul Nuha itu satu gelaran baru pula akan diberikan oleh mereka iaitu Parti Anak Beranak Anwar..

Dan bagi memastikan apa yang disiar oleh China Press benar atau tidak, aku menghubungi seorang sahabat yang juga merupakan salah seorang dari AJK Cabang Nibong Tebal bertanya akan perkara itu melalui sms.

Jawabnya melalui sms “Khabarnya orang Nibong Tebal tak cadang apa-apa pun.. tapi nama dia keluaq dari saluran manapun tak pasti…”

Maka bertambah hairanlah aku.. pasal setahu aku nama nama Calon akan diminta dari Cabang dan AJK Cabang akan menyediakan sekurang-kurangnya 3 nama untuk dipilih oleh pihak atasan.

Jadi untuk apa nama-nama Calon dikemukakan oleh AJK-AJK Cabang jika akhirnya nama-nama tersebut dibakulsampahkan begitu saja?

Kalau kerana menurut apa yang dicadangkan oleh peminan Pusat.. Adakah pemimpin-pemimpin PKR yang kini berada dipusat yakin bahawa anda semua masih akan kekal sebagai Pemimpin selepas PRU13 nanti?

Jika amat yakin.. sejauh mana keyakinan anda semua dan berdasarkan apakah keyakinan anda itu?

Jika hanya berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah ditapis oleh manusia yang hanya pandai membodek yang berada dikeliling anda itu.. maka jangan mimpi nak jadi pemimpin lagi selepas PRU13 ini..

Berbalik kepada Nurul Nuha sebagai calon.. ada pihak yang bertanya kepada aku “Apa Merit atau Kapasiti yang Nurul Nuha ada untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen itu?”

Terus terang aku katakan akupun tak tahu.. mungkin atas Merit sebagai anak perempuan Anwar kot..

Itu persepsi aku dan lain pula persepsi seorang sahabat, menurutnya kenyataan diatas itu tak lebih sebagai kenyataan untuk membodek Anwar saja..

Dah tu dia kata pula, Kalau Nurul Nuha dicadangkan di Nibong Tebal apa kata kita cadangkan kat Datuk Seri tu supaya meletakkan Nurul Izzah di Kepala Batas, Anak Lelaki dia Mohammad Ihsan itu di Bayan Baru, Cikgu Idrus di Bertam dan Marzuki pula di Penaga?

Satu cadangan yang baik jawab aku.. Alang-alang nak bodek.. kita cadangkan semua nama adik beradik Anwar sebagai calon dalam PRU ni.. supaya selepas PRU kita boleh tukar nama Parti Keadilan Rakyat menjadi Parti Anak Beranak Anwar pula..

Ini pula pendapat pembaca Malaysiakini..

Jedi_Who: Many of us want Pakatan Rakyat to win to bring back true democracy and hope for a better Malaysia. Bersih is not about you (Anwar Ibrahim) alone, so likewise, don't make the opposition about you as well by putting your entire family into it.

Only together with all the other component parties and the support of the people can Pakatan win. Give others a chance to rise and fight for Malaysia's future.

Umno has been doing this inbred family feudal thing all this while - from father to son to cousin to distant cousin, and people have had enough of it.

Ah Hoe: Don't blame Anwar - after all, he twitted 'no' to the suggestion. Blame those fanatical Anwaristas who idol-worship him to such an extent that (Anwar's daughter) Nurul Izzah has been ridiculously titled 'Princess Reformasi' and presented as the next PM should Anwar be jailed.

Now those morons have nominated another daughter, a mere young girl, to be the candidate for the Nibong Tebal parliamentary seat.

Doesn't PKR Penang have anyone suitable? Are all their members so stupid that they can't even find a professional instead of Anwar's daughter?

I don't blame Nurul or Nuha, but can anyone in PKR please tell me why Nurul has been so titled, and why she deserves to the next PM (assuming her father is imprisoned), and why Nuha is the best candidate for Nibong Tebal?


Anwar dan anak perempuan nya Nuha menafikan spekulasi Nibong Tebal

Para pemimpin tertinggi PKR mengesahkan spekulasi yag dinanti-nanti bahawa Nurul Nuha, anak kedua pemimpin pembangkang anwar Ibrahim,akan mengambil alih kerusi PKR Nibong Tebal,Pulau Pinang dari Tan Tee Beng yang melompat parti pada pilihanraya umum ke13 akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Nuha telah menolak cadangan pencalonan sebelum ini dengan alasan peribadi. Saya yakin Wan azizah dan anwr juga akan menolak. Malahan ,saya rasa Anwar telah memberikan penolakan dengan tegas pagi tadi” Naib president PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Anwar sendiri, melalui twitter pagi tadi memaklumkan bahawa Nuha,seorang pereka grafik, tidak berminat untuk kerja berprofil tinggi.tetapi ada khabar angin yang mengatakan yang ianya kerana wanita muda berusia dua puluhan itu telah berkahwin.

Nuha,tidak tinggi kakaknya Izzah, lebih mirip Anwar, kulit nya lebih cerah seperti kulit ibunya,President PKR Wan Azizah.

Pasti menang

Penolakan terkini dari Anwar agak menghampakan para penyokong keluarganya. Anwar dilihat sebagai agak keberatan untuk mendedahkan ahli keluarga nya supaya aktif dalam politik kecuali jika keadaan mendesak,seperti mana anak sulungnya Nurul Izzah, MP Lembah Pantai,yang mengikut jejak langkah bapanya,seorang yang sangat natural dalam bidang politik berprofil tinggi.

Izzah dijangkakan tewas kepada Ketua wanita Umno Sharizat Jalil, tetapi ibu muda yang tinggi lampai dan gemar bermain gitar itu telah mengejutkan semua termasuklah ibubapa nya atas kemenangan nya.

“Keadaan yang sama akan berlaku pada Nuha. Jika dia boleh menyelesaikan hal-hal peribadinya, dan setuju untuk bertanding di Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan konco-konco BN patut bersedia awal untuk pulang.” Kata seorang tokoh PKR, Eddie Wong kepada Malaysia chronicle.

“Sudah pasti Nuha akan menang besar. Kerusi tersebut ialah kerusi PKR dan kemudian Tee beng melompat parti.terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya. Saya difahamkan Gerakan dan UMNo telah mula menghidu peluang.”

Kerusi kebanggaan

Semasa penamaan calon awal PKR sebulan yang lalu,nama Nuha telah dicadangkan oleh beberapa pihak dalam parti. Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Ketua PKR negeri mansor Othman mengesahkan bahagian Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon yang layak untuk kerusi kawasan campuran separa urban tersebut.

“Nama beliau di kemukakan sebulan lepas.masih belum di sahkan samada beliau ialah calon akhir. Semuanya akan diketahui sebelum pilihanraya umum nanti.” Mansor Othman dipetik memberitahu China Press.

Mansor juga berkata ramai pemimpin tertinggi peringkat nasional yang mencadangkan Nuha sebagai calon.

“Kerusi ini ialah kerusi kebanggaan yang mesti dimenangi oleh PKR dan calon terbaik mesti diletakkan dan calon tersebut berharapan untuk menang.kami harap beliau mempertimbangkan nya. Jika tidak, t bakat baru yang lain akan mengambil alih walaupun mereka tidak sepopular Nuha,” kata Eddie

Nibong tebal mempunyai 43.60 % pengundi melayu, 40.50 % Cina dan 15.80 % India.

- Malaysia Chronicle

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails