Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, September 3, 2011

Najib memang tak popular - Merdeka Center

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi ‘dingin’ pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, “kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya.”


Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.

“Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.

“Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon),” kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah “kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010.”

Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.

“. . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ibrahim lagi.

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.

“Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.

“Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008.


The Malaysian Insider


9 comments:

Anonymous said...

Begitulah Umno, sentiasa mahu dipuji. Semasa populariti Najib berada pada tahap 72%, tidak pula mrk mengkritik methodologi kajian. Bila dah jatuh 13%, itu tak betul, ini tak betul jadinya. Percayalah, populariti Mat Mongol akan terus merundum ke bawah 50% menjelang PRU13.

FMZam said...

Dalam pelajaran Bahasa Inggeris perkataan berlawan Popular ialah Notorious. Jadi aku lebih suka kata Najib is Notorious bukannya Popular. Dengan Najib ni kita buat sekil disudut kiri untuk Popular dan di sudut kanan untuk Notorious, kerana Najib bermula dengan Popular dan selama itu dia berusaha bersungguh2 menghabiskan wang rakyat untuk meningkatkan populariti dengan menggunakan khidmat kepakaran profesional. Kita lihat sendiri sedikit demi sedikit semakin hari jarum sekil kian meningkat ke kanan menghala ke arah Notorious. Nampak cukup berat untuk jarum sekil itu kembali ke kiri kerana beratnya adalah kerana menampung berat badan si Rosmah, suami Najib yang semakin gemuk dan buncit macam babi.

Awan Fantasia said...

hebatlah kalau najib macam Ahmadinejad..

Entri Terhangat!! :
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
Identiti SebenarMakcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!

Anonymous said...

Mat Sabu komunis lebih popular dari
Najib altantuya dan Anwar aljuburi .....ha..ha.ha

Anonymous said...

Kajian dari proffessor GAY Merdeka centre...

New Hope said...

menurut certa dalamn populariti itu jatuh teruk selepas kematian alesha farhana (trans gender yang mohon tukar nama).. inilah kebebasan dibawah rejim BN :(

http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/09/ada-betul-juga-cakap-mat-sabu.html

PenganutPAS said...

Ibrahim Suffian yang dibayar gaji oleh kamarudin jaafar tu keluarkan hasil survey kata najib tak popular hehhehhe . mat bangla pun boleh buat survey lagi hebat dari merdeka centre ni . Anwar pulak popularitinya makin meingkat semenjak dia membuat keputusan untuk membela diri dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoalbalas oleh pendakwaraya dalam kes anwar ibrahim meliwat saiful bukhari.

Anonymous said...

KAHKAHKAH BIASALAH KALAU FINDINGS NEGATIVE MAKA METHODOLOGY TAK KENA LAH, MAT BANGLA LAGI HEBAT DRP MERDEKA CENTERLAH, ITU LAH INI LAH..TIPIKAL...CUBA KALAU DAPATAN MEMIHAK PADA BE END...BUAT RESEARCH DOK DEPAN KOMP GUNA WIKIPEDIA PUN DAH VALID GILA KAHKAHKAHKAH PUNDEK LU LA...

PENGANUT AGAMA UMNO

Anonymous said...

cari lah satu badan/consultan utk buat kajian yg berpihak kpd amnonis.

biarkan merdeka center dgn consultan tu yg berhujah sape punya yg paling tepat.

anutpas patut lah kau org sibuk daftar bangla.. tp aku yakin kajian rawak dibuat dlm kelompok bangla yg lepak kat menara maybank/cahaya suria

Archive

Related Posts with Thumbnails