Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 13, 2011

Muhyiddin Makan Malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China semalam..

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.

Beliau menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi.


“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.

“Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini.

“Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.


The Malaysian Insider

11 comments:

FMZam said...

Cakap beruk politik - Mat Sabu isu dalaman! Bila beruk politik berkata-kata sambil berputar-putar atas dahan, dia kata "dalam benci kominis, luar suka kominis". Sebab apa? sebab yang dia jumpa tu bapak kominis yang dia benci dan bapak kominis tu berani datang kesini dan tunjukkan pada semua rakyat dan seluruh dunia yang pemimpin Melayu hanya berani kat dalam, kat luar PENGECUT habis!

Anonymous said...

ini lah akibat dan balasan kpd pemimpin umno yg bila setiap kali merdeka mrk akan laungkan perjuangan mereka .. mrk hny ungkit jasa jasa parti warisan - united malays national org.

pakai modal - negara spt amerika juga ada hubungan dgn china.. bila kena pressure sikit je refer pd negara amerika tak british.. belum lg berperang dah tentu tentu panggil jd penasihat..

oleh krn tindakan british maka kaum india tuntut ganti rugi..

oleh krn kekejaman jepun maka rakyat korea tuntut permohonan maaf dan ganti rugi..

so tlg mtk pampasan dr Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai utk tentera tentera dan polis serta mrk yg tlh dizalimi??

PenganutPAS said...

China kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia . Kalau PR perintah malaysia tak nak berbaik dengan china dan parti komunis mereka ker ?? ker PR sepanjang masa nak ikut telunjuk amerika ??

benarlah kata najib komunis dulu lain , komunis sekarang lain . Zhenglai tak der bunuh , bakar dan rogol orang melayu macam yang chin peng dan puak puak dia buat.

FMZam said...

pPAS,

Dalam perang mana kau tau Zhenglai tu baik, tak bunuh, tak rogol, tak bakar. Alangkan orang2 Islam yang berperang sesama Islam di negara2 Arab pun tak lepas dari bunuh, rogol, bakar.

Helo PPAS, kalau Malaysia ni berlaku perang saudaralah, kau jangan ingat dalam perang ni tak berlaku benda macam tu, kalau tak tak kan dinamakan perang. Tak yah cakap bangsa lainlah, sesama kita pun kalu berperang Melayu bunuh Melayu, Melayu rogol Melayu, Melayu bakar Melayu. Alangkan waktu aman ni pun menteri rogol amah, India kerat Melayu, Melayu cincang Melayu, inikan pulak perang.

Anonymous said...

PPas.. memang tak logik jika china komunis di tanah besar tak menganggu orang melayu sebab melayu di sana pun berapa kerat je terutama tahun 40an dan 50an. Tapi kau lupa yang depa membunuh, memperkosa dan merompak harta orang islam teutama semasa revolusi budaya depa.. dan kau lupa jugak yang depa juga memberikan SOKONGAN kepada PKM semasa zaman darurat di malaya.. Kau memang lupa macam mamak madey.

Jika PR menjalinkan hubungan dengan negara china mahupun vietnam memang pun depa takda masalah sebab depa PR tak HIPOKRIT macam UMNO, macai dan biawak-biawak depa.. yang kata komunis dan sapa menyokong depa adalah kejam walhal membuat hubungan dagang dan kekeluargaan dengan china komunis mahupun negara komunis CIS..

Anonymous said...

anon 3:45 am terima kasih.. krn jawab kan utk aku sekali..

dia tangkap beberapa pemimpin siosialis berkaitan bersih dan kata mrk nak bwk ideologi komunis..

apa tak muhyuddin kata kita akan jd komunis sbb terbukti pemerintahan komunis negara jd maju.. dan mrk yg bersalah rasuah ditembak mati ..

Anonymous said...

sanggup jugak mat tembam ni mkn dgn komunis dr makan dgn mat sabu ..

Anonymous said...

sejarah berulang ..

krn amerika menyibuk psl pendakwaan anwar maka kjaan umno cari pokok besar tinggi utk bernaung ..

politik picisan mcm ni pun pencacai ajara sesat tak boleh nak baca ..

hasbullah said...
This comment has been removed by the author.
hasbullah said...

Bila pulak Komunis cina tak bunuh orang, Peristiwa Xinjiang berlaku hampir setiap tahun. Ramai orang Islam dibunuh oleh tentera, dan kenyataan tentera komunis Cina hanyalah mereka ini pelampau Islam...HAHAHAHAHAH bacalah berita dunia, jangan duk asyik sangat baca berita Utusan Melud** saja...HAHAHAHA, sejak bila Komunis negara cina tak bunuh orang islam cina..ke Islam hanya dianuti oleh melayu sahaja? Cina tak ada yang peluk

hasbullah said...

http://article.wn.com/view/2011/08/18/Chinese_commandos_in_campaign_against_Xinjiangs_Islamist_reb/

Chek kat berita kat sini la...dah berapa ratus dah dibunuh..

Archive

Related Posts with Thumbnails