Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, September 5, 2011

Mat Indera orang Seberang? Dr Khoo putar belit Sejarah..

Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air Mat Indera bukan anak tempatan.

Katanya “Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Oleh itu tambahnya lagi “Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.”


“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo

Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah..

Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang?

Cuba baca sebahagian dari artikel XPDC Menjejak Mat Indera dibawah ini..

Menurut Pak Johan (gambar), mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.

Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Sepenuhnya sila baca di (SINI)

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri.. dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang..

Jadi siapa yang memutar belit Sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang? Mat Sabu, Pak Johan atau Khoo Kay Kim??


‘Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan’

PETALING JAYA: Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar, lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.

Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.

“Mat Indera orang seberang.

Asal Indonesia

“Dia berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.

“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo ketika ditanya sama ada sejarah dimanipulasi oleh golongan politikus.

Beliau turut melontarkan persoalan kepada Mohamad Sabu – “Adakah Mohamad Sabu memahami sejarah ketika itu?”

Beliau menambah, masyarakat hanya sedar berkenaan serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong kerana pembikinan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal. Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

Free Malaysia Today

25 comments:

Anonymous said...

khoo tu tak yang datang dari seberang
cuba cek bila keturunan khoo ni datang ke malaysia....

Anonymous said...

seberang pon ia tetap kepulauan melayu nusantara...prof. jangan nak menidakan nya....ia nya tetep rumpon melayu islam.....

Anonymous said...

Haiiii.... nak jadi kangkung juga ke Prof. yang aku hormati?

Anonymous said...

Woit ....satu spesis dgn zahrain sampah...
gigi berlumut.....mulut berbau sebab kuat bohong....
kah...kah...kah

Anonymous said...

ok lah katalah bukan mat indera yg mengetuai serangan bukit kepong.. jd sape kah yg sebenarnya yg mengetuai serangan tersebut??

hrp ahli sejarah dan peminat sejarah ada jwpan nya dan bukan setakat mengatakan mat indera bukan se org pejuang.

FMZam said...

Kalau macam tu lah cakap prof kangkung ni, bahawa Mat Indera yang lahir di Malaya pun bukan orang Malaya, maka kita pun boleh cakap dengan konfiden bahawa polis yang terkorban di Bukit Kepong tu pun bukan orang Malaya tapi orang seberang jugak lah, maklum sajalah pada zaman itu di Johor memang terkenal sebagai negeri yang paling ramai orang Jawa dan Sumatera bermastautin. Apa yang berlaku ialah orang seberang berlawan dengan orang seberang, jadi apa pasal sibuk nak kata orang seberang yang berlawan untuk British itu hero dan orang seberang yang menentang British itu pengkhianat? Jangan dok sedap cakap je prof oi kalau camtu nampaknya tak ada sekor pun hero Melayu yang betul2 anak Malaya tulen semua berasal dari seberang. Cuba tanya prof tu Hang Tuah pun orang seberang tapi disanjung sebagai pahlawan Melayu, padahal hang Tuah mana ada IC ke sijil lahir ke yang boleh buktikan dia orang Malaya? Camne?

Dahan jati said...

Mat Indera katok kepala British untuk tuntut kemerdekaan tapi Tunku Abdul Rahman melutut kepada British untuk kemerdekaan. Itu saja bezanya. Sekarang kita merdeka dah, semua pakat buncit perut nikmat merdeka. Perjuangan mengisi kemerdekaan lebih penting drp. Mat Sabu putar kembali sejarah lama. Komunis tetap komunis tak usah dipermaniskan.

FMZam said...

Dahan jati,

Aku sokong cakap kau tentang perjuangan mengisi kemerdekaan hingga sampai semua pakat buncit perut nikmat merdeka, itu pasal lah pemimpin2 UMNO semua buncit2 perut depa ya pasal semua yang masam tentang UMNO dihalalkan untuk dimaniskan!

Anonymous said...

yang melakukan perjanjian perdamaian dengan pehak pengganas komunis dihakhyai dan membenarkan mereka kembali kemalaysia kecuali cen peng kemudian anugerahkan tanah adalah pemimpin pas bukan umno oleh itu tidak heranlah penyokong umno menyalak menyerang MAT SABU.

BOMBO said...

Khoo dia bertaraf prof sejarah,tapi buta sejarah,cakap pun tak betul mcmmana nak perbetulkan bangsa yg langsung buta sejarah,kalau tak kerana mat sabu buka cerita habis bangsa kita di goreng sampai hangus sejarah merdeka oleh prof2 pelaci umnok...itupun kuat bohong..

Yong said...

“Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal. Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

Geli hati pun ade bila baca komen Dr Khoo. Ape yang dia mengarut ni? Mana boleh dia jadi saksi lihat Balai Polis Teluk Anson diserang kominis? Berapa umur dia masa tu?

fadzliabuhanifah said...

dalam buku sejarah ada pula tersebut Tun Sambathan, Tun Tan Cheng Lok adalah antara nama-nama pejuang kemerdekaan Malaya, depa ni keturunan Melayu yang beranan di Cerok Tok Kun ka Prof? jangan sampai pakar sejarah yang dihormati akan dikeji dicaci kerana nak pertahan UMNO.

ASSALAMUALAIKUM said...

dato' onn jaafar pun orang luar negara... ye tak...

Anonymous said...

Hmmm...mungkin Prof.lupa...hampir kesemua org Melayu kat semenanjung Malaysia ni berasal dari seberang. maklumlah org Nusantara...bukannya org mamak yg berasal dari Asia Selatan

Anonymous said...

pakar sejarah...pun nak jadi badut jugak habis la...dah macam pakar bodek je...

Anonymous said...

dah habis putar belit?
bangang tak bertempat...
lahir seorang lagi Prof kankong....

mat karung guni said...

Yang sebenarnya....orang indoesia tu berasal dari sebelah sini..yaitu malaya. Pada zaman perang dulu...orang indon ke..orang malaya ke...mereka berulang alik menyeberang. Mereka ni satu rumpun iaitu rumpun melayu. Negara cina..negara india itu benar bukan dari rumpun melayu...rumpun buluh yang hanyut ke malaya...kah...kah...glupp.

serenity9260 said...

kangkong mane pulak dtg nyebok ni??die menyirap agaknya jilat banyak2 tapi tak dapat datuk,dapat professor je

Sukan Tinju Dalam AIr(Video)

Anonymous said...

hahaa....dah meroyan pulak khoo ni..nak jadi khoo su kun kaa...hahaha..dh terang2 die lahir kat johor..awat nak pertahankan benang yang basah lagi...

Anonymous said...

Kesian prof kkk......pakar sejarah kononnya , tapi berhujah tak menggunakan fakta dan sumber ya sah...jgn le nak jadi kaki bodek...bila Mat Sabu bagi fakta drp sumber ya sah tentu prof dpat malu besar.....

pokpoktutu said...

PROSEPER kkk

Jamaluddin said...

Prof tu buat apa sampai macam tu, dia sendiri pun belum tentu anak tempatan, nak cari apa lagi prof tu patut boleh pencen gi ngsil ke lagi bsik

Anonymous said...

diabangsa cina kan?....mampus mmbohong la kalo ckp dia bangsa malaysia...mana ada bangsa malaysia dalam dunia ni..tak caya tgk ic dia..dia bangsa cina..asal bangsa cina dari mana?....ini Malaysia...bukan Cinasia...muahahahahaha

Anonymous said...

kho kay kim?

LU SAPAAA?!!!

adukajebat said...

Dahsyatla Prof Khoo ni. mmg seorang sejarawan yg mantap. apa yg dia x tau. asal usul dia pun dia tau. psl tula bila ada Cina yg nk bsikap cuvanisme dia potong awal2 psl tau sapa Cina sbnrnya diawal kedtngn mereka di tanah melayu. k la prof.. truskn usaha.

Archive

Related Posts with Thumbnails