Semalam Prof Aziz Bari menyifatkan Mahathir sebagai merepek bila Tun menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.Dan hari ini pula kenyataan dari Dr Chandra Muzaffar mengesahkan bahawa memang Mahathir merepak..
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar menegaskan negara ini secara “de facto” merupakan bekas jajahan kuasa asing dan itu sebabnya parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan daripada British sejak 1940-an.
Secara realiti, kata beliau, negeri-negeri Tanah Melayu telah berhadapan dengan segala bentuk ketidakadilan yang ada kaitan dengan pemerintahan penjajah.
“Disebabkan wujudnya penjajahan ‘de facto’, Umno pada tahun 1950-an dan Parti Kebangsaan Melayu sejak 1940-an telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan daripada British.
“Mereka (pihak yang mendakwa tidak ada penjajahan) memfokus kepada isu — berbanding bentuk pemerintahan British,” kata Chandra dalam satu kenyataan hari ini.
Pengerusi Yayasan 1 Malaysia ini mengulas pandangan dua profesor mengenai polemik sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun sebagainya.
Malah, semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau.
“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.
Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru sementara menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata Zainal.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.
Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj antara lain berkata, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...”
Memoir terbaru Dr Mahathir berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.
Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, “menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.
Chandra, Presiden Just World Trust berkata, di tengah-tengah kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Bukit Kepong, beberapa pandangan yang diluahkan mengenai pemerintahan British mempunyai kesan tidak disengajakan yang mengelirukan orang ramai berbanding memperkayakan pengetahuan orang ramai.
The Malaysian Insider

30 comments:
pada tulisan dilindungi tetapi pada perbuatan british berkuasa penoh atas hasil dalam Tanah Melayu.Itulah putar belit penjajah
Aku bukan nak sangka buruk tapi andai
didepan nama tetera Dato,dah tentu
"spin" kenyataan dia ini.Terbukti
kebanyakan tokohx yang dapat gelaran
ini kelu lidah mereka untuk berkata
yang benar.Seolahx gelaran ini
mengikat merekax ini dengan pemerintah.Contohnya semua ketuax polis negeri mendapat gelaran Dato
jadi sebarang tindakan mestilah mendapat kebenaran orang atasan.
Siapa?????
Semua pandangan tokoh-tokoh tersebut adalah benar.
Ilmu tawarikh ini tidak diperincikan dengan jelas sejak dari awal lagi.
Sebab itu berlakunya kekeliruan kepada generasi muda.
Sejarah di negara kita lebih ditumpukan kepada bidang politik sahaja,..sedangkan sejarah itu meliputi pelbagai aspek kehidupan .
bakar,
Jangan ambil jalan mudah untuk membenarkan semua. Yang salah tetap salah, yang keliru ialah kamu tu kerana membabi buta menyokong kenyataan yang salah hanya kerana kamu disuap oleh UMNO. Betul kata Anon 12:35 tu, kalau yang dapat Dato tak berani nak berkata benar apa kurangnya kamu yang buka kedai dengan bantuan UMNO dah tentu akan teruskan sokongan sebab rezeki kamu sudah terbelenggu dalam gengaman UMNO dan jiwa kamu sudah tergadai kepada UMNO. Itu sebab kamu boleh luangkan banyak masa untuk mencacai untuk UMNO daripada menjaga urusan kedai kamu.
Semoga ada jalan yang terang utk diorg..
FMZam,
Kedai aku nih ada dua orang pembantu,.....sambil duduk kat kaunter ,aku layan juga laa... blog kau orang nih !
Sebelah pagi aku sibuk....
FMZam,
Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !
Bagi yang sombong bongkak macam kau,..mana nak mengaku..
bakar,
Aku tak ada apa yang nak sombong bongkak, yang ada pada aku ialah istiqamah berjuang menentang kerajaan kotor UMNO, bukan berjuang untuk mendapat untung dari UMNO macam kau. UMNO sudah jadi persatuan untuk kepentingan ahli2nya, ahli2 teratas dapat kontrak juta2, ahli2 bawahan dapat kontrak klas F, ahli lebih rendah dapat lesen perniagaan (macam kau lah) dan rakyat biasa dapat janji perlindungan yang UMNO akan menjaga kepentingan mereka atas nama perjuangan. Kau tentu hidup senang lenang dibawah UMNO dengan kedai runcit kau tu, cukuplah tak payah lah kau nak berkempen untuk menjaja nama UMNO kerana semua orang boleh nampak dan tahu yang perjuangan kau untuk UMNO dan orang2 lain yang seperti kau, semuanya semata-mata kerana semangat wang yang ditabur oleh UMNO. Semangat hipokrit kau itu tak akan kekal lama bila kedai kau lingkup semangat kau juga akan luntur. Jangan ingat kedai kau akan kekal selamanya, satu hari Allah akan jalankan keadilanNya keatas orang2 seperti kau yang tidak peduli walau UMNO buat kemungkaran kau tetap sokong asalkan dapat kesenangan. Lebih baik kau urus kedai kau tu kerana kau cakap apa pun disini orang dah kau kau tu hanya seorang bajingan UMNO.
Syabas FMZam atas ulasan anda..
Kadang-kala manusia yang diberikan nikmat sedikit dari Allah telah merasakan dia adalah paling hebat.. dia hanya nampak mahkluk sahaja yang memnerikan tetapi yang sebenarnya Allah.. Manusia yang hanya 'bersyukur' kepada mahkluk, serta memuji mereka berlebihan maka akhirnya akan jatuh juga.. itu ujian Allah. Makhluk tidak berkuasa, hanya Dia sahaja! Ini sebabnya melayu tidak pernah mampu bersaing sebab menaruh sepenuhnya jiwa mereka kepada makhluk yang memberi dan akhirnya memberikan sepenuh hati & sokongannya kepada makhluk berkenaan.
Suara Takbur dari rakab.. aku ulang ayatnya. Hanya anda dapat menilai :
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
Astaga..astaga..astaga
Harap dia sempat mengucap..
Suara Takbur dari rakab.. aku ulang ayatnya. Hanya anda dapat menilai :
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !"
Astaga..astaga..astaga
Harap dia sempat mengucap..
Hamba Allah berkata :
"apa kurangnya kamu yang buka kedai dengan bantuan UMNO dah tentu akan teruskan sokongan sebab rezeki kamu sudah terbelenggu dalam gengaman UMNO dan jiwa kamu sudah tergadai kepada UMNO"
si Takabur membalas :
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !
Bagi yang sombong bongkak macam kau,..mana nak mengaku..
Dialog yang nampak jelas kebejatan si takabur.. siapa sahaja akan bersetujui si takabur lambat laun akan tersungkur dengan sikapnya itu. Allah maha kaya!
rakab
umno tolong semua rakyat malaysia??? piiiirah..speak for yourself oooi!
Yang aku nampak dasar penswastaan umno umno membiakan manusia rakus, gelojoh yg akhirnya membaham kekayaan negara utk anak pinak mereka adalah! sehingga malaysia diambang muflis(petikan menteri umno sendiri).
Jangan lah sombong sangat rakab!
Apalah yang kau orang meroyan nih !
Heheheheee...
Geli hati aku tengok gelagat kau orang !
Fobia melampau dengan Umno !!
Heheheheee...
FMZam,
Apa yang kau marah sangat dengan kedai aku ?....Bapak kau dulu meniaga bangkrap ke..?.
Kerajaan Umno sudah menyediakan berbagai kemudahan asas, mewujudkan peluang kerja dan berbagai bantuan untuk berniaga.
Kalau nak meningkatkan taraf hidup ,....berusahalah !
Apa kejadahnya asyik nak irihati dengan orang lain !
Allah takkan ubah nasib kita jika kita sendiri tak mengubahnya .
Sokongan aku kepada Umno kerana Allah telah mengangkat Umno/BN menjadi pemerintah yang mentadbir dan menguruskan segala keperluan rakyat dinegara ini.
Tapi tidak semestinya aku menyokong kekufuran yang dilakukan segelintir pemimpin Umno.
Kerana aku amat insaf bahawa yang baik itu datangnya dari Allah,..dan yang buruk itu dari kealpaan manusia sendiri.
Cuma kau dan gerombolan seperti kau telah di programkan pemikiran kau orang supaya memandang apa saja yang datang dari Umno itu buruk dan busuk !!.
Kau orang yang sepatutnya bertaubat...!!
Anon 4.26,..4.29 dan 4.31,
Allah SWT adalah tuhan sekelian alam.
Aku bercakap dalam konteks sumbangan parti-parti politik dalam negara !.
Hakikatnya,..Umno adalah parti yang memerintah negara ini sejak sekian lama.
Maka wajarlah dikatakan bahawa Umno telah menolong rakyat Malaysia.
Sudah tentunya dengan izin Allah.
Astaga ??!!...apa astaga tuh ?!!
Kau menyebut pun tak betul,..nak suruh aku mengucap pulak !!
Memang perangai penyangak pakatan suka memutarbelit cakap orang ..!!.
bakar,
Bapak aku tak pernah berniaga bangkrap sebab dia tak berniaga. Yang bangkrap tu bapak kau, itu pasal kau belajar dari pengalaman bapak kau kalau tak mau bangkrap mesti berniaga dengan pertolongan UMNO, faham tak? Tak ada siapa yang irihati dan marah kat kedai runcit kau tu, kita cuma tak setuju cakap seorang pencacai UMNO yang ketaksubannya kepada UMNO adalah atas dasar keuntungan yang diperolehinya dari UMNO. Itu bukan sikap seorang pejuang sejati tapi sikap yang kau tunjukkan adalah sikap dan mentaliti Melayu yang boleh dibeli dan dibentuk oleh UMNO dengan wang ringgit, sehingga kamu sanggup kata bahawa UMNO adalah parti yang "diangkat Allah" untuk memerintah Malaysia selama 50 tahun? Di bab alQur'an mana pulak ada sebut yang UMNO itu diangkat Allah? Masyaallah!
setakat ini hny sultan trengganu aje yg tak pakai nasihat bila melantik menteri besar. yg aku tahu pusat pilih yusof.. kalau aku salah tlg betulkan dan maafkan ..
dan hyn agung skg yg berkenan jumpa penyelaras bersih walaupun mungkin ( perkataan mungkin..) nasihat pm ialah jgn jumpa ..
ini memecah tradisi kolonial..
apa punya statement - semua pandangan tokoh tokoh ada lah benar.
tetapi diantara semua yg benar yg mana satu yg tepat ..
tidak diperinci ke benda.. yg lain lain tu pun disebut dlm ilmu tawarikh ttp yg ditonjolkan cuma pejuang berhaluan penjajah .. kalau tak terperinci mcm mana org tahu psl mat indera dll..
rupa rupanya.. sejak dr sek menengah rupa rupanya kita belajar sejarah politik .. bukan betul betul psl sejarah tanah melayu..
bodoh sape lah yg kau bawak sampai mati nie...
rakab
beza org yg tak takbur ialah bila FMZam kata kedai kau dpt bantuan umno .. yg akan kau ucap ialah alhamdullillah sb umno tolong aku..
kedua sebelum kau dihentak oleh yg lain kau jwb aku ada dua org pembantu.. kau tak sedar tp ini riak.. sb kau tak perlu pun bagitau org..
"Memang Umno banyak tolong aku !
Bukan aku saja ...bahkan semua rakyat Malaysia !" ... brape org umno tlg bukak kedai spt baiki kereta dan motor.. kalau mara pun tak pe laaa..
dan akhirnya kau tersedar dgn komen komen seterusnya tp kau masih riak dan takbur ..
tak de perkataan syukur dr kau ..
sombong kau pulak ialah
Kerajaan Umno sudah menyediakan berbagai kemudahan asas, ..
Kerajaan Umno... ke????
Kau orang semua penyangak pakatan nih, memang akal separuh masak !.
Baru aku sedar yang aku kena bercakap dengan bahasa yang paling mudah sekali dengan kau orang supaya kau orang dapat faham !!.
Kalau aku cakap bahasa jerman lagi kau orang pitam !
Kau orang suka sangat putar belit!
Suka pulak memahamkan ayat aku mengikut selera kau orang .
FMZam,
Kau ni bodoh ke bangang ?!!.
Bila pulak aku taksub pada Umno ?
Kan aku kata,..aku terima yang baik dan menolak yang kufur dari Umno !
'Umno di angkat oleh Allah menjadi pemerintah'...maksudnya Umno memerintah negara ini dengan izin Allah !!
Habis,...takkan dengan izin tok nenek kau pulak !.
Bahasa semudah ini pun kau keliru ??!.
Dah ler bengap,..rajin pulak buat komen.
Anon 10.43,
Bila aku kata aku ada dua orang pembantu,..bukan bermakna aku riak !!
Aku hanya menjelaskan kepada FMzam 2.23, bagaimana dapat aku meluangkan banyak masa melayan blog di samping menjalankan urusan berniaga.
Bila aku kata kerajaan Umno,...bermaksud kerajaan yang ditonggak oleh Umno !!
Haduuuuuiii...yaiiiii !!!.
Lemahnya fikiran kau !.
Bila aku bersyukur,.tak perlu ler nak bagi tahu kau...
Cukup lah aku sebut dalam wirid sembahyang lima kali sehari tu !
Aku rasa kau orang ni masih budak-budak. Masih mentah.
Cakap berlapis kau tak faham !
Cakap berkias pun kau tak faham !
Betapa malangnya pakatan dapat penyokong bebal macam kau orag.
bakar,
Kau mula2 cakap pun dah macam orang bengap, kalau aku ni bangang kenapa kau bengap sangat melayan aku, bukan itu tandanya kau ni di "angkat Allah" untuk jadi bengap, maksud aku diangkat Allah tu ialah dengan izin Allah, tak kan dengan izin mak bapak kau pulak ye? Pandai nak spin, sekarang dah nampak belang kau pun sam macam pencacai UMNO lain - master spinner. Takyah lah susah2 nak yakinkan kitorang dengan hujah balas yang pun berlapis-lapis bertambah lah bodoh kau tu. Dan takyah risau malang Pakatan dapat kami semua sebab malang kami adalah malapetaka buat UMNO yang mengupah pencacai2 musibat macam kau ni. UMNO dah le bodoh kau pulak bukan nak tolong kurangkan tapi tolong tambahkan lagi kebodohan UMNO dengan kebangangan kau. Mampooooos lah UMNO.
rakab,
Memang benar kata2 hang...aku sokong..sebenar penghuni tanjung rambutan aje boleh layan dia org nie...cakap pusing2..agak tak boleh lawan..makinya le pulak...
Anak kampung pertama,
Betul lah bro !..Dia orang nih memang bangang berpusing-pusing !!
Tak faham langsung bahasa rasional.
Nak kena kutuk kaw-kaw !
Tapi aku tak sampai hati pulak....
AKP, bakar,
aku ingatkan korang ye, yang mulakan maki ialah korang pencacai UMNO, jadi jangan salahkan aku balas kaw2. kalau bakar nak lawan maki kaw2 silakan, jangan takut2, jangan tak sampai2 hati kau tu, nanti bengkak kat dalam jadi kanser aku tak tanggung. Lepaskanlah, tapi ingat sekali lagi siapa yang nak mula maki aku akan balas kaw2. Aku boleh berdebat dan berhujah dengan tertib tanpa maki dan aku ingat lepas raya aku tak nak lawan maki, tapi nampaknya aku memang tak leh biarkan pencacai korang lepas dengan maki hamun kau sebab korang bercakap macam orang alim kuat agama, tapi bila tak tahan nak maki hamun, maka aku memang patut layan korang dengan maki hamun. Kau geram sebab orang boleh patahkan cakap kau, kalau kau takut orang patahkan cakap kau, jangan masuk blog, masuk kandang babi lagi baik.
terBAEK ar FMZ..!!
kesian betul lah kat akp dan rakab..
mereka berdua dah cari geng senasib utk mereda kan hati .. budak budak bila gaduh salah sorang akan ckp mcm ni lah .. sama lebih kurang tak lebih serupa akp memujuk rakab ..
dgn izinNya dgn di angkat oleh allah tak sama .. jauh erti nya.
dan bersyukur bukan masa dlm solat 5 kali .. aku rasa dlm bab syukur ni lebih baik kau jgn cakap apa apa..
alu rasa yg jd mangsa bukan FMZam atau kita yg hentak rakab..
tp 2 org pekerja dia..
jd tlg lah kesian kan lah pd pekerja dia yg dua org itu..
nanti dah tambah jd 4 org bgtau lah ya ..sumpah aku tak kata kau riak... tp ...
Post a Comment