Thursday, September 22, 2011

Mak Aih!! Pulau pun depa nak jual?



Apa nak jadi dengan Negara kita ini akhirnya??

IC diberikan sewenang-wenangnya kepada warga asing dengan percuma.. Ada telaga minyak diserahkan kepada Brunei secara percuma.. Pulau Batu Putih pula terpaksa diserahkan kepada Singapura begitu saja..


Ini pula ialah cerita mengenai tiga buah Pulau di Sabah yang telah diiklankan untuk dijual dalam ‘Private Islands Online’ yang berpengkalan di Toronto, Canada.

Dalam iklan tersebut Pulau Mengalum yang berkeluasan 250 Ekar ditawarkan untuk dijual pada harga USD$18 Juta, Pulau Pandanan yang berkeluasan 10 Ekar pula ditawarkan dengan harga USD$2 Juta.

Manakala bagi Pulau Montukod yang mempunyai keluasan 17.2Ekar pula ditawarkan sebanyak RM35 Juta untuk dijual…

Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya, tetapi negara kita pula membenarkan pulau-pulau miliknya dijual begitu saja..

Bayangkan jika ketiga-tiga pulau ini dibeli oleh Israel atau warga Israel..

Paling menghairankan ialah bagaimana pulau-pulau tersebut boleh menjadi milik persendirian?

Salah siapa agaknya?? err.. Sabah tu tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat kan?




Kalau tak nampak sila klik pada image..

Kalau tak nampak jugak sila klik di (SINI) untuk ke sumber berita.. buat masa sekarang masih ada seperti image diatas.. esok lusa aku tak pasti..

Kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terhadap Penjualan Pulau Kepada Pihak Asing

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails