Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, September 7, 2011

Lapan Fakta Tentang Muhammad Indera yang disorok British dan UMNO

Individu yang dilabel sebagai Komunis, Muhammad Indera (yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenar Pakatan Rakyat) didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah Muhammad Indera juga dikatakan hampir menikahi kakak kepada Muhyiddin, namun dihalang bapa Muhammad Indera..


"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak Timbalan Perdana Menteri, Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan adik kandungnya, Johan Shah di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tegas Suhaizan.


Dibawah adalah beberapa fakta mengenai Muhammad Indera yang kurang diketahui umum :-

1- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.

2- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.

3- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.

4- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.

5- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.

6- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali sebagai Tuan Guru Fadil.

7- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.

8- Mat Indera tidak pernah berkahwin.

10 comments:

Anonymous said...

Bolehkah Penganutpas bagi SATU fakta tentang Mat Indera yg disorok PAS?

Pejuang Bangsa said...

haha ...suhaizan amik fakta mana Mat Indera tak pernah sertai Komunis serang Bukit Kepong ...

bohong dan terus bohong ..haha

Anonymous said...

buktikan suhaizan bohong jangan berhujah bodoh.. mana-mana macai umngok guna nama 'pejuang' semuanya nampak bodoh!

Anonymous said...

@socai pejuang bangsa - kau dan suku sakat yg guna nick pejuang memang la berjuang tp untuk dpt habuan bulanan dr UMNO sebagai blogger upahan untuk kesinambungan fitnah mereka..klu x salah rm5ribu sebulan, banyak beb..kalah gaji cikgu..kau dh siasat salasilah keluarga kau..mana tahu asal dari mana2 pejuang komunis..jgn kantoi mcm Najis sudah

Anonymous said...

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tegas Suhaizan.

Kenapa Suhaizan yg cakap bukan adik Mat Indera?
Pusing dan terus pusing...
Satu fakta ko tak letak
Mat Indera menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM

PenganutPAS said...

aku pulak dimintak ulas pasal mat indera ni. dulu aku dah bagi 2 komen pun pasal isu mat indera ni .

1. isu ini akan samada menambah undi pas atau mengurangkan undi pas . tapi aku percaya ianya akan menambahkan rasa benci pengundi atas pagar pada pas . itu sebab aku tak berminat dengan isu ini

2. bagi aku mat sabu terlanjur kata sebenarnya . dia sendiri pun tak sangka isu ini akan jadi besar macam ni . dia cuba nak kenen jains shamsudin yang buat filem bukit kepong tu jer . point dia cuma umno tu penipu. tu pasal aku tak minat dengan isu ni .

nasihat aku pada mat sabu , berani buat beranilah tanggung . nampaknya barisan yang tak suka dengan mat sabu dalam pas makin panjang !!!!

seluanglaut said...

Betul la pada tahun 1950 tu mana-mana pejuang yg menentang British kena la kita iktiraf jadi hero, sebabnya mereka nak menghalau British. Polis Bukit Kepong tu jadi ejen British yg nak kekalkan British berkusa merompak harta negara. Kalau bangang sangat nak faham aku bagi contoh di Afganistan, kalau Amerika kalah nanti tak kan Hamid Karzai nak dinobatkan sebagai perwira negara pulak, dan polis-polis pecacai Ameraka nak diberi pencen pulak.

FMZam said...

Pejuang Bangsat,

Aku tak suka nak panggil kau dengan nama bangsat, lain kali kalau nak pilih nama tu biarlah nama yang orang akan hormati kata2 kau bukan kerana nama kau, sebab kau adalah apa yang kau tulis bukan apa nama yang kau pakai. Tambah satu huruf saja sudah tepat menggambarkan kau tu apa. Kalau kau taruk nama Hang Tuah pun tapi tulisan macam celaka, orang akan panggil kau Hang Buah. Itu belum lagi orang tukar nama kau jadi Petualang Bangsa.

Anonymous said...

Anonymous September 7, 2011 4:52 PM

bukan ker dlm memoir abdullah CD pun sahkan mat indera anggota komunis

mana nak percaya ni yer tn anon

hasbullah said...

Hello saudara yang mengutuk Arwah mat Indera, hanya Arwah sahaja yang tahu dia komunis atau tidak. dan kini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Kita yang masih hidup ni janganlah sesekali menjatuhkan maruah seseorang hanya kerana sedikit fakta@auta..
Di dalam kubur, Malaikat hanya akan persoal pasal tuhan, agama dan amalan shj.
Sebaiknya kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah sebab mati kita belum tentu lebih mulia atau lebih hina dari arwah...Setiap orang pasti akan mendapat balasannya...Itu Janji Allah

Archive

Related Posts with Thumbnails