Wednesday, September 21, 2011

Lagi bukti janji Najib tak boleh dipercayai.

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan janji perdana Perdana Menteri untuk melakukan pembaharuan politik tidak boleh dipercayai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara janji Najib sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini ialah tiada tangkapan bersifat politik.


“Belum pun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

“Kini, rakyat boleh menilai sejauh mana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA,” tegas Tuan Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan.

“Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa “kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat,” kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera bukan cakap kosong kerana berasas beberapa sumber rujukan- iaitu pengukir nama Johor, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada 1973 dan pengakuan kawan serta ahli keluarga Mat Indera.

“Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau – sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’,” tegasnya.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan kenyataan Profesor Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara yang menyatakan negara ini tidak pernah dijajah yang disifatkan lebih memberi kesan terhadap sejarah tanahair.

“Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?,” tegas beliau sambil menyeru rakyat supaya melakukan reformasi total menolak Umno.

Tambahnya, Mat Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan media pro Umno, untuk mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

“Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik?,”

“Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=20676

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails